March 19, 2024

BUNGA daisy senang ditanam dan tidak cerewet dari segi penjagaan. Kuntum bunganya memang cantik dan berkelopak majmuk serta berbentuk bulat tumbuh pada ketiak daun. Bunganya menyerupai bunga matahari dan tumbuh di hujung tangkai yang panjang.Ada beberapa jenis daisy yang mengeluarkan bunga pelbagai warna seperti putih, jingga, merah hati, kuning dan merah jambu.Daunnya pula berwarna hijau tua yang agak besar serta panjang dan bergerigi di bahagian tepinya, tumbuh dari bahagian bawah pokok yang tidak berbatang.

Bunga daisy sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat berbunga serta cantik warnanya.Pokok ini cepat membiak jika dibaja selalu. Pembiakan dilakukan melalui anak benih yang terdapat di sisi pokok atau belahan rumpun yang padat dan boleh ditanam sama ada di dalam pasu atau di tanah. Jika ditanam secara banyak di atas tanah ia menjadi amat menarik ketika bunganya berkembang.

Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang bersaliran baik terutama tanah berpasir. Selain membiarkan kuntuman daisy mekar di dalam pasu atau di halaman ia juga boleh dijadikan bunga keratan untuk menghiasi sudut di dalam ruang tamu kerana bunganya tahan agak lama.

 

Bunganya besar memiliki banyak ranggi berwarna kuning terang dengan ukuran melintang antara 10 hingga 15 sentimeter. Spesies pokok hiasan ini mampu menarik serangga yang turut membantu proses pendebungaan untuk menghasilkan biji benih bagi pertumbuhan anak benih baru. Hayatnya hanya dalam tempoh semusim. Persekitaran taman perlu ditanam semula dengan anak benih baru apabila pokok yang lama tidak lagi berbunga, layu dan menyerlahkan daun yang pudar warnanya.

 

Cara menanam

BIJI benih dari bunga pertama induknya diambil dan ditabur dalam bekas yang mengandungi tanah basah. Ia mudah bercambah dan cepat membesar. Pindahkan ke polibag untuk memberi peluang kepada setiap anak benih itu membesar tanpa berlaku perebutan baja dalam ruang bekas yang padat. Proses tumbesarannya adalah cepat dan boleh dijadikan stok pusingan untuk proses penanaman semula pokok menggantikan pokok lama.

 

Kaedah penanaman berkelompok dikenal pasti mampu menyerlahkan pemandangan yang menarik. Sesetengah pakar landskap mengklasifikasikan kaedah itu sebagai mencipta semak (bush) bagi hiasan taman. Siraman mesti dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari hari. Penggunaan tanah gembur dan baja organik yang dihasilkan daripada najis haiwan reput, kompos dan tanah bakar amat disyorkan bagi memastikan kesuburan pokok dan wujudnya proses membaiki struktur tanah

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :22570

18 thoughts on “Daisy segar hiasi ruang tamu

  1. Hello there,
    Interesting to read your article.
    Tolong saya untuk tanam bunga daisy sebab bunga nya cantik.
    Saya ada pokok bunga daisy. masalah nya kalau saya letak bunga daisy dekat dengan matahai walaupun saya siram masih daun nya layu kenapa?
    Sekarang ini saya letak di bawah lindungan matahari. Nampak nya OK.

    Cerita pasal benih dan pembiakan – boleh bantu saya.
    Terima kasih. Anda boleh layar di e-mail saya ct_sara45@yahoo.com

  2. Hi, recently i planted daisy in my garden. can you help me, how should i transfer it to new places? i mean i must wait until all flowers fall and then cut it, rite? thank you.

  3. awak terus pindahkan je pun takde masalah.. tapi lagi bagus biarlah bunganya habis berkembang dahulu.. lepas tu boleh terus pindahkan.. selepas pindahkan rajin-rajinlah menyiram selalu.. kalau tak ia cepat layu..

  4. cik siti sara,
    pada pandangan saya dah tentu bunga daisy cik siti sara tak tahan dengan kepanasan.. jadi dia perlukan sedikit lindungan..

  5. tadi saya baca, taburkan benih atas tanah kan? pastu die lebih elok ditanam atas pasir.. em.. mase mule2 tabur kat polister bag tu, boleh kan terus gune tanah bakar? atau tanah biase, atasnye letak tanah bakar? atau gunekan pasir terus pastu letak tanah bakar? saya sangat baru dlm tanam menanam ni.. sangat baru.. harap boleh terjawab persoalan.. trimas2… =)

  6. Pakai tanah biasa yang di campur pasir pun boleh.. lepas tabur benih.. letakkan lapisan tanah yg nipis di atasnya.. lepas dia bercambah seminggu baru letak tanah bakar…

  7. hai… kenapa bunga daisy saya bile siang dia tunduk, tangkainya lembik macam malu2 gitu, tapi bila malam baru tangkainya tegak dan bunganya baru cantik… pelik betul la. saya tanam di balkoni rumah. saya dah membuat pembiakan pokok dengan mengambil sedikit akar dari pokok lama, cuma lambat skit berhasil.
    minta bantu saya
    thanks

  8. aaaa….doy, tanah bakar……tanah biasa….???? saya tak fasih tang ni…..kalau saya rembat je tanah kat halaman rumah leh ke…???

    saya pun dah jatuh cinta kat bunga daisy……..

  9. bunga daisy sesuai tanam di kawasan panas x? blh hdp x? or kene tanam dkt kwsn sejuk mcm fraser hill?

  10. saya nak tanya sesuatu, saya dan kakak beli pokok daisy yang sama warna..sama kedai

    Bila balik saya terus salin pasu, tambah tanah hitam yg beli kat nurseri tu then letak je kat porch. saya alas dengan alas pasu dan siram 2 kali sehari. ok..cantik

    tapi kakak saya punya tak begitu wpun dia buat apa yg saya buat. kenapa ye? persekitaran tak sama ke sebabnya? Dia pun pelik..tak tau apa nak buat. tangkai bunga tunduk..bunga menghadap lantai jek.. kenapa agaknya?

  11. Salam.. Di mana saya boleh dapatkan benih bunga daisy ni? Brape lama hayatnya selepas ia kembang?

  12. hii….saya nak tanya ade berape warna bunga daisy ni…bab kat saya setakat ni ade 9 jenis bunga daisy tapi hanya 5 warna saja yg ade…merah (2), kuning(3), putih, orange dan ungu…tq…

  13. Hi,
    sy ada dapat bunga daisy.tp,bunga yang d cabut dari pokok.mksudnya,batang dgn kelopak je ada..mcm mna nk dapatkan benih bunga daisy darinya?

  14. bungdaisy sy da layu teruk..setiap pg siram n letak di tempat panas…tp layu…mcm mne nk sembuhkn die…adekah die akan mati atau blh di pulihkan…

  15. Assalamualaikum ..
    Mohon bertnya,berkenaan semaian benih tu,sya dh cuba bnyk kali .cara sya ialah sua ketuk2 bunganya dlm pasu yg mediumnya tanah bkr n kompos tp xmnjadi pun.kat mna silpnya agak nya yer?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam