Coklat dan Koko

coklat3

Salah satu penemuan terhebat di dunia adalah biji daripada buah Theobroma cacao atau dikenali sebagai koko, iaitu bahan asli untuk membuat coklat. Dengan teksturnya yang halus, rasanya yang mengasyikkan dan aromanya yang lembut, coklat menjadi sumber yang penuh dengan rasa kemewahan dan digemari oleh hampir setiap orang di seluruh dunia. ‘Theobroma’ yang bermaksud ‘makanan dewata’ dipercayai berasal dari bumi Maya di bahagian tengah benua Amerika dan dibawa pulang ke tempat masing-masing oleh pengembara Sepanyol dan negara Eropah lain. Dari situ koko dibawa menyeberangi Lautan Hindi ke Jawa, Sumatera hinggalah ke Malaysia.
coklat

Koko hanya sesuai ditanam dan hidup subur di wilayah beriklim tropika. Tanaman dua musim ini berupaya mengeluarkan hasil melebihi dua tan sehektar setahun dan menjadi sumber kehidupan golongan petani di luar bandar terutama di Afrika Barat, AsiaTenggara dan Amerika Tengah. Buah koko sedia dituai selepas empat bulan bunga berputik.Terserlah barisan rapi biji koko diselaputi pulpa keputih-putihan apabila buah dibelah. Biji-biji koko basah akan diperam dan dikeringkan untuk menghasilkan biji koko kering bernilai tinggi.
coklat2

Biji-biji koko kering yang diproses melalui beberapa peringkat dan inovasi teknologi akan menghasilkan tiga produk utama iaitu massa, lemak dan serbuk koko. Kegunaan koko berkembang pesat, daripada hanya sebagai minuman pada peringkat awal penemuannya kepada pelbagai bentuk dan perisa coklat serta konfeksi yang lazat dan menyelerakan. Proses penghasilan coklat daripada koko adalah rumit dan hanya sesuai dijalankan melalui pengilangan. Bahan utama seperti massa koko, lemak koko, gula dan susu dicampur pada kadar berbeza bergantung pada jenis coklat yang ingin dihasilkan.
Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan menggabungkan massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanilin (perisa vanila). Manakala untuk coklat susu, susu tepung akan ditambah untuk memberikan rasa lemak dan berkrim. Untuk menghasilkan coklat putih pula, massa koko yang berwarna coklat tidak dimasukkan.

Kini, ramai yang telah berjaya membuat coklat sendiri di rumah dan ada juga yang menjadikannya sebagai pendapatan sampingan. Bagi yang ingin mempelajari cara membuat coklat boleh berkunjung ke laman ini>> www.buatcoklat.com

Number of View :7440

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam