Cili Paling Pedas di Dunia

blut-jolokia

Tahukah anda cili yang paling pedas di dunia? Jawapannya ialah cili Bhut Jolokia yang berasal dari Assam, India. Ia juga dikenali dengan nama “Ghost Chile”.  Mungkin kerana cilinya yang pedas membuatkan anda naik hantu.. Cili ini juga telah diisytiharkan di dalam Guiness World Records. Cili ini mempunyai kadar kepedasan lebih daripada 1,000,000 capsaicin.

pepper

Tahukah anda, bagaimana kadar pedas diukur? Biarlah saya beri jawapan. Kadar pedas diukur menggunakan skala Scoville Heat Unit (SHU) dengan nilai antara 0 – 2,000,000. Skala Scoville merupakan ukuran jumlah capsaicin yang terdapat dalam cili. Dalam erti kata lain, Capsaicin merupakan bahan kimia yang mampu memberi rangsangan pedas pada manusia. Ukuran ini telah diperkenalkan oleh ahli kimia Amerika yang Wilbur Scoville.

Number of View :13759

16 comments

  1. Salam.

    Bagus juga cili ni yer. Boleh digunakan sebagai bahan semburan untuk keselamatan diri dan mungkin boleh juga digunakan sebagai bahan dasar untuk anti serangga yang sering merosakkan tanaman. Jimat dan bersifat semulajadi. Kajian lanjut boleh dilakukan untuk kebaikan semua.

    Terima kasih.

  2. Tahun lepas ada tukang kebun di ofis i bg satu jenis cili. Tukang kebun tu asal dari bangladesh, tapi dia cakap cili tu dari india. Dia siap tanam pokok cili tu di sini. Rupa cili tu macam cili di atas. tapi saya tak pasti adakah cili yang sama.

  3. *sambungan..
    memang cili tu sangat la pedas. hanya satu biji dah cukup untuk pedaskan satu periuk besar tomyam. itupun dh pedas menggila.

  4. Alhamdulillah, semoga Allah menganugerahkan pahala yang tingg kepada orang yg mengusahakan web ini. May the place of heaven be yours! Dpt la ana manfaatkan merawat/mengubat/mengamal lgi2 kepada mereka yang fakir miskin macam ana, tambahan pula anak ana mengalami sakit jantung (masalah injap). Teruskan usaha mulia ini.

  5. Setahu saya cili yang paling pedas pernah saya rasa iaitu CILI API yang tumbuh liar dikepulauan Krismas. Rupa seperti cili api kita di malaysia cuma saisnya sangat kecil berbanding cili api Malaysia. Memang tersangat pedas. kini rupanya ada sejenis lagi cili yang tersangat pedas. terimakasih atas maklumat ini.

  6. cili api pun dh pedas ..camana yer pedasnyer cili nie?sure bila makan pedasnyer takan hilang dlm masa sejam dua.

  7. suami i pernah makan cili nie..klu nak dapatkannya ada di cameron highland terutamanya pasar malam cameron highland..

  8. kat sarawak ada cili nih ‘cabik ronong’ ada banyak jenis, termasuk yang ni..pernah tanam kat rumah ‘melaka’ tapi x jadi..mungkin tanah n cuaca x sesuai kot..tapi mmg pedas…letak sehiris dlm cicah kicap pun dh pedas

  9. Kt rumah saya ada cili tu.. Mmg sangat la pedas.. 4-5 biji dh boleh buat pedas utk satu periuk.. Klo kita kutip cili tu dgn tgn.. Tangkai dia pun sgt la pedas.. Panass jadi tgn..boleh rasa membara panas.. Daun tak pernah test pedas ke tak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam