April 19, 2024

ceri-terengganu2

Sejenis lagi buah nadir yang ingin saya ketengahkan dan mungkin ia tidak  asing lagi oleh masyarakat di Terengganu. Ya.. Buah Ceri Terengganu. Namanya sahaja menggambarkan pokok ini mungkin atau pasti banyak terdapat di Terengganu. Kunjungan ke Terengganu pada tahun lepas memang telah saya perhatikan terdapat pokok ini di sekitar perkampungan di Kuala Terengganu dan beberapa lagi tempat yang saya lupa nama daerahnya.

ceri-terengganu
Buah ceri terengganu kebiasannya bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya pula  seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini biasanya muncul pada dahan dan ranting kecil.  Rasa buahnya pula manis dan kadang-kadang rasa sedikit masam. Mengikut kajian MARDI, buah ceri terengganu sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya kandungan Antioksidan.

Cerita lain mengenai buah ini memang jarang sekali dijumpai. Menurut rujukan buah ini juga ada terdapat di sekitar Johor dan digelar dengan nama buah kelelek atau gegelek. Saya sendiri tidak pasti ejaan sebenarnya. Pada pandangan saya, pokok ini memang cantik dan sesuai dijadikan tanaman hiasan dan teduhan. Kegunaan lain buah dan pokok ini saya kurang pasti.

Mungkin anda di luar sana yang pernah makan atau menanamnya di perkarangan rumah, bolehlah berkongsikan cerita anda di sini. Mungkin banyak lagi rahsia tentang buah ini yang ramai orang tidak tahu..

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :57209

63 thoughts on “Ceri Terengganu

  1. slu jumpa buah ni…
    kat msjid ukm pun bnyk dtanam sbgai tnmn hiasan…
    buah ni rs nye manis dan kelat2…

  2. dulu jiran mak saya dikampung ada menanam pokok ni…
    tp skrg telah ditebang selepas dia melakukan kerja2 ‘renovate’ rumah. saya pun x pasti nama buah ni, mereka hanya memanggil dengan nama buah johor @ buah kerekuk diambi nama bersadarkan warna organ dalaman ayam. rasa buah ni kelat sekiranye tidak masak ranum. bila buahnya berwarna merah tua baru lah rasanya akan bertukar manis, tetap rase kelat tetap ada…

  3. Saya teringin nak tanam pokok ni. Kat mana nak dapatkan benihnya ya. Info yg menarik. TK

  4. Salam….. saya pernah makan buah ceri ini, memang orang Terengganu panggil buah ceri, tapi tak tau pulak dipanggil ceri Terengganu, bijinya besar, rasanya manis kalau masak merah seperti gambar di atas, dulu kat rumah mak saya ada, kalau dia berbuah memang banyak seperti buah rambai. Itu saja saya dapat kongsikan, TK

  5. ini kali pertama saya mendengar nama pokok ceri terangganu. kajian perlu dilakukan untuk mengetahui khasiatnya. Kadang-kadang pokok yang sebegini banyak rahsianya yang boleh mengubati pelbagai penyakit.Mungkin pengalaman klinikal orang tua-tua dapat membantu masyarakat mengetahui rahsia sebenar pokok ini.

  6. kak kampung aku (tumpat, kelantan) panggil buah buah kerkut. masih ada lagi pokok dia di depan rumah. rasa buahnya kelat sikit. kena gentel2 dulu buahnya sebelum makan untuk bagi dia lembut ckit. bila berwarna merah gelap, barulah rasanya manis sikit.

  7. Salam,
    Rasanya pernah makan buah ini, tapi kurang mengemari rasanya.Sebelum makan perlu digelek2 supaya lebih juicy.Tapi ianya cantik kalau dijadikan pokok hiasan dilaman rumah.

  8. PERNAH TENGOK DIKEDAH. IANYA DIPANGGIL BUAH GHEKUP (SEBUT MACAM ORANG KEDAH) MANIS KELAT.

  9. salam. kali pertama tgok buah ni. Sungguh menarik kalau dijadikan pokok hiasan di laman rumah.ingin dapat kan benih..

  10. Jika tidak salah saya, buah ini jika di Sarawak di panggil Engkilili.

    Sebuah daerah :Engkilili mendapat namanya drpd buah ini kerana terdapat banyak Pokok Engkilili d kwsn tersebut.

  11. kalu kat kelate, ni dipanggil buah kekkuk. kecik2 dulu byk ditanam diperkarangan sekolah. buahnya manis kalu masak ranum betul, tp kelat kalu blm masak. kena ketuk2 gelek2 sikit biar lembut kulit n isinya baru sedap dimakan. tp kami kecik2 dulu kalu dah berebut takde ketuknya, terus ngap jer. baru2 ni sy ada jumpa benih pokok ni dijual di pasar tani. makcik tu jual semua pokok eksotik dulu2 spt kekkuk, kemunting, bidara, etc. ramai org skrg dah tak kenal pokok2 ni.

  12. Salam.

    Terima kasih atas info yg diberi. Tak perneh jumpa pun pokok ni kat Melaka.

  13. terima kasih diatas info ini. banyak org memberi komen, buah ini buah kerukup(Ghekup). kalau buah kerekup batangnya berduri…buahnya keluar melalui dahan2 nya tidak sejambak mcm ni.

    saya rasa buah ini bukan buah kerekup. boleh tak en. fazlisyam masukkan keseluruhan cerita / gambar ttg pokok ini.

  14. xprnah jumpe la buah ni? mcm sedap je.sape2 yang tahu kat mane boleh beli anak pokok ni sila lah beritahu saya…

  15. Menurut kajian saya, ceri terengganu beza drp buah kerkup. nampak macam serupa tapi tak sama. memang cara makan lebih kurang sama tapi dari family yg berbeza. bentuknya pun beza skit di mana buah kerkup bawahnya rata manakala ceri terengganu bawahnya ada macam bucu tajam. rasanya lebih kelat dr buah kerkup. TQ

  16. saya tercari2 info tentang buah ini sebab ada ditanam di halaman jiran saya. Warna buahnya yg mula nak masak cantik sangat dan rasanya kelat sedikit.

  17. Setuju dgn zulkifli……….
    Buah rekup & ceri bkn buah yg sama…mgkin sbb rupa & warnanya sama kot…Apapun buah2 ni tergolong dlam keluarga buah berry.buah dari keluarga berry mmg kaya dgn anti oksida….

  18. Terima kasih atas info tu. Kalau kat sini, dia dipanggil gegelek. Nak makan, mengikut petuanya, gelek-gelek atas telapak tangan, barulah sedap isinya, manis dan juicy!

    Masa kecik-kecik dulu, suka makan ni. La ni.. lama dah tak nampak. Kat mana nak cari yea?!

  19. SALAM TUAN FAZLI, T.Q FOR U EMAIL ,CERI TERENGGANU TU DI PAT SYA PUN ADA ( KAT DESARU, JOHOR ) SATU CIKGU ORG TERENGGANU , PATUT LA DIA DPAT BENIH TU, DAN SYA PUN BARU TU LA TENGOK POKOK AND BUAHNYA JUGA, TAPI TAK TANYA PUN DIA CAMNANA NAK MAKANNYA ?? DAN APA RASANYA……….TAPI MEMANG CANTIK DI BUAT SEBAGAO LANKSAP TAMAN BUAHAN………

  20. salam fadly;ini lah baru saya tahu tentang buah ceri trengganu cantik juga rupa bentuk nya sesuai di jadj kan hiasan di samping buah nya juga bolih di makan.terima kasih

  21. tengok buah ni teringat saya masa kita kecik2 dahulu di bandaraya kuching masih ada di taman rekreasi Reservoir di kampung dah hampir pupus buahnya manis

  22. Tempat saya buah ni namanya kerekut kayu, rasanya masam-masam kelat,tapi yang peliknya bila nak makan kenalah digelek-gelek dulu biar dia lebam, baru dimakan baru rasanya manis-manis masam.

    Dulu jenuh jugak belakang rumah tumbug meliar, tapi kerana dokong yang lebih laku,ditebang habis sampai tak tinggal baka lagi, nak cari buat benih pun susah pulak.

  23. Salam….

    Terima kasih kerana up-date kan saya dengan info2 cam ni. Saya memang minat pada kebanyakan jenis pokok. Semua info2 yg dah diemailkan kat saya sangat saya suka. Terima kasih tentang info anggur, epal, sayur2 kat C/Highlands, cendawan. Info2 begini berguna untuk saya bagi menambah pengetahuan pada hasil2 tanah. Terima kasih.

  24. kat kampung saya buah ni namanya ” Buah Jendalun”.
    Cara nak makannya dengan cara memicit-micit buah tersebut sehingga lembik kemudian barulah dimakan.

  25. buah ni kalau nak makan kena gentel/gelek-gelek biar lembut baru sedap. tak silap pokok ni ada ditanam kat TPU,UPM.

  26. en. fazlisyam..

    saya ada tanam bnih pokok ini. kami di sini panggil pokok Tas. saya dapat benih ini dari kuala kubu bharu. salah seorang makcik saya yang tua ada tanam mereka gelar kayu Tas. menurut ceritanya batang kayunya dijadikan kayu tongkat untuk bermain harimau dalam pertunjukan sarkas satu masa dahulu. oleh sebab harimau agak takut dengan tongkat kayu tersebut semasa pertunjukan itu maka kayu tersebut dikatakan ada kuasa penunduk harimau.
    entahlah..
    tapi saya bru sahaja 2 bulan semai dan sdg subur membesar, masalah buah ini satu sahaja. kadang mungkin ada serangga telah bertelur pada isinya maka apabila masak akan terkeluarlah ulat dalam buah itu apabila dikupas.

    belum sempat hendak merasa tapi katanya memang sedap.

  27. Salam..tq for info dari u all semua..xprnh lak tau tentang buah nie..kekdg maybe pernah terpandang, tp x berani nk makan sbb tak tau..hmm jika benar buah nie mengandung antioksidan sprt yg di maklumkan oleh saudara Fazli, bagus utk tubuh kita. tq utk semua info. Wassalam..

  28. pernah lihat pokok ceri in tapi pokok ini adalah sekadar hiasan sahaja dan buahnya cantik serta boleh dimakan rasanya manis…

  29. saya ada menanam pokok ini,tapi tak minat nak makan
    kerna buahnya kurang enak,klu nak makan buahnya mesti masak dan digelek supaya lembut.cantik melihatnya apabila pokoknya berbuah dan sedang masak.

  30. Salam sejahtera, rata-rata orang terengganu panggil buah ni sebagai buah khekut, hanya sebilangan sahaja yang memanggil sebagai buah ceri, sebenarnya buah ceri lebih kecil, manis dan lemak rasanya. tapi kalau ceri, satu aje yang leceh, kelawar akan membawanya merata-rata, kalau terlekat kat dinding rumah ke, kereta ke, memang susah nak tanggalkan.

  31. Tak silap saya di utm skudai ada terdapat pokok ini, dibangunan pentadbiran.pokoknya agak tinggi dan tidak begitu rendang.tak cantik dibuat tanaman hiasan kerana tidak rimbun.tapi terpulanglah kepada kreativiti seseorang untuk menjadikanya sesuai utk tanaman hiasan.

  32. sy xprnh juper buah ceri trg ni. mukin kat trg ada 2 jenis ceri. 1 yg ni n 1 lg yg lbh kecil mcm yg jamal34 critakan tu. jg stuju dgn alin15. sy prnh mkn buah kerkup tp buahnya x berbucu tajam mcm buah ceri trg. Ianya bulat licin sebesar ibu jari (sayala.. he2!).

  33. rasenye pokok ni mcm pernah dilihat di rumah arwah nenek sy kat trg..tp xpasti samada btol ke x..rasa buahnya agak masam n kelat ..tp buah nye xde laa besor mane pun

  34. Kalau pokok yang di panggil ceri yang banyak terdapat di pantai timur,warna buah hijau cerah, bila masak ranum warna merah. Tapi kalau makan tak masak pun tak kelat atau masam, yang masak memang manis.

    Buah kerkut/kherkut pernah diceritakan oleh ayah, tapi memang tak pernah tengok sendiri. Berdasarkan cerita,keterangan rupa buah dan cara makan, buah yang dalam artikel ni menepati ciri ciri buah kherkut ni.

  35. salam… pokok ni ada dpn rmh saya.. kita org panggil buah ceri je.. tak tau nama yg betulnya… tapi betulla.. pokok ni banyak dekat terengganu, tak perlu nak tanam pun.. tumbuh sendiri je..

  36. salam…dulu masa kecik-kecik selalu makan buah ni. Org trgganu panggil buah ceri jer tapi bila dah dewasa dan tinggal kat luar trengganu ni baru lah tau org panggil ceri trengganu. Sebenarnya buah ceri dengan buah kerekut adalah berlainan . Balik kampung baru-baru ni bawak balik 3 anak pokok dan sekarang dah tinggi 2 kaki , tanam kat laman rumah.Kalau kat kampung tu anak benih nya tumbuh merata-rata kat bawah induk

  37. emmm ni buah kerkup..kat tepi tasik belakang bangunan JAS kat Putrajaya berhadapan Tasik Presint 16 banyak pokok ni. Kim tak tau pulak ia boleh dimakan. Jadi, Kim ambil dan main baling-baling kar kawan-kawan.

  38. di kelantan pun ada buah ni tapi jarang-jarang orang je taman… Sebenar nya buah ni tak sama dengan buah kerkuk tu. Buah kerkut atau org kelantan panggil buah kekut pedal ayam lebih sedap jika di bandingkan dengan buah ni… Setahu saya orang kelantan panggil buah ni buah Johor.. tak tahu la pulok org terengganu panggil cery terengganu. Kalu sapo-sapo nak tengok secara dekat buah ni sila datang ke Kompleks kota darul naim, ada di tanam ka situ 4,5 pohon.

  39. Aku nak beli anak benih pokok ceri siapa yg ada call aku 017-2396413. Aku ada jual benih pokok anggur dan epal merah besar

  40. banyaknya nama diye.. meh saya kumpulkan,,,,kerkut,ghekup,engkili,kekkuk, kerukup, jendalun, buah johor. wau…sapa sapa nak carik buah ni,,kena kenal nama2 nih….

  41. dulu masa kecik2 taun 70an aku rajin panjat pokok nie,dan main terjun2 dari atas ,namanya pokok kelelea orang johor cakap ,ada satu pokok jer kat tepi umah jiran aku…
    selalu buat hadiah menang lumba lari dan main pondok-pondok dan jual-jual pakai duit siput best betul, tapi sekarang susah nak jumpa , kat johor banyak yang dah mati

  42. Boleh beritahu saya di mana boleh dapat ceri terengganu di Terengganu? Jika ceri ini ditanam di kawasan perumahan persekitaran, boleh beritahu nama tempat atau alamat kepada saya?
    Terima kasih…

  43. salam, kalau nak info tentang buah ceri terengganu, sila klik blog saya. Dalam artikel ke-80 ada saya ceritakan tentang buah ceri terengganu. Ada seorang pengunjung blog ‘shupei’ ingin membuat kajian tentang buah ceri terengganu ini. Sekiranya en. Fazlisyam mempunyai info yang lebih tentang pokok ini bolehlah menghubungi saya. Kepada pengunjung blog En. Fazlisyam, sila klik blog saya untuk melihat foto pokok ceri terengganu. Sekian terima kasih.

  44. salam semua…
    kepada sesiapa yang berminat nak beli buah ceri terengganu ni boleh r contact sy…

  45. Kat Sarawak pokok ini di namakan pokok Kelili. Namun saya rasa namanya yang sebenar adalah pokok engkelili (nama satu pekan di Sarawak). Rasa buahnya tidaklah berapa manis kecuali setelah berwarna kehitaman. Buah yang masih kehijauan dan kemerahan agak kelat. Ia mempunyai biji yang besar. Bentuk dan warnanya menarik seakan-akan gugusan buah anggur.

    Di Kuala Lumpur pokok ini boleh dijumpai di Rimba Ilmu, Universiti Malaya.

    Harap maklum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam