Cendawan kawal kanser?

MINGGUAN MALAYSIA 13 JAN 2008 :

BUKAN satu rahsia. Cendawan merupakan sebahagian daripada diet atau pemakanan yang bukan sahaja enak dan pelbagai tetapi juga berkhasiat dan penting dalam kehidupan seharian.

Bayangkan sahaja sup cendawan keju dengan kruton atau dicampur bijirin yang lazat dan berkrim. Sungguh menyelerakan!

Kesan legendanya sebagai penawar herba kini turut meraih perhatian saintis Barat untuk melakukan penyelidikan demi penyelidikan.

Cendawan telah diamalkan di dalam perubatan herba tradisional di China dan Jepun sejak beribu tahun lampau.

Di Asia, cendawan biasa digunakan untuk melegakan kesakitan dan merawat penyakit-penyakit seperti artritis.

Tidak hairanlah jika spesies kulat yang sering diklasifikasikan dalam kumpulan yang sama dengan buah-buahan dan sayur-sayuran ini bakal muncul kelas seterusnya yang tersendiri dalam perubatan alami.

Pengamal perubatan tradisi Cina, Martin Powell dalam kunjungannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini berkongsi maklumat bagaimana ‘sentuhan ajaib’ cendawan yang dakwanya, boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan rawatan kanser.

Menurutnya, cendawan mempunyai manfaat unik bagi mereka yang menjalani rawatan konvensional kanser kerana selamat digunakan bersama-sama dengan perubatan moden.

‘‘Terdapat banyak perubatan herba yang tidak diterima oleh doktor kerana berkemungkinan interaksi dengan ubat, tetapi penggunaan cendawan ini dianggap selamat dan telah digunakan oleh doktor sebagai rawatan tambahan di Barat.

‘‘Coriolus versicolor merupakan cendawan yang paling banyak dikaji untuk menyokong kegunaannya ke atas kanser dan telah digunakan untuk terapi kanser di China dan Jepun. Pada lewat 1980-an jualan Coriolus di Jepun dianggarkan berjumlah AS$600 juta (RM2.884 bilion),” ujar Powell.

Anak kelahiran United Kingdom (UK) ini turut menyampaikan ceramah bertajuk Khasiat Cendawan dalam Pengawalan Kanser kepada para pengamal perubatan tradisi Cina, anjuran Bio-Life, sebuah syarikat tempatan yang berkecimpung dalam penjagaan kesihatan secara semula jadi.

Powell merupakan seorang ahli biokimia yang juga berkemahiran dalam perubatan Cina setelah melanjutkan pelajaran dalam bidang tersebut di Sekolah Akupuntur dan Perubatan Tradisional Cina London serta di Klinik Perubatan Tradisional Cina, Shanghai, China.

Kini, beliau merupakan pensyarah Perubatan Herba Cina dan Terapi Nutrisi di Universiti Westminister, London selain memberi syarahan tentang khasiat cendawan untuk Mycology Research Laboratories (MRL) di Portugal, Ireland dan England.

Powell telah menjadi tenaga pengajar sejak tahun 1997 dan mengajar mengenai perubatan Cina di Ireland dan Sweden.

Pemakanan berkhasiat cendawan adalah salah satu bidang pengkhususannya.

Mengulas lanjut, Powell berkata, dua ekstrak daripada Coriolus versicolor telah diuji secara mendalam di China dan Jepun dan didapati mampu meningkatkan jangka hayat penghidap kanser payudara, paru-paru, perut, usus dan nasofarinks.

‘‘Kini, cendawan ini digunakan secara meluas untuk menyokong sistem imuniti badan dalam pengawalan kanser.

‘‘Rawatan radioterapi dan kemoterapi akan melemahkan sistem imuniti badan dan pengambilan cendawan membantu keberkesanan rawatan, mengurangkan kesan sampingan serta menyokong sistem imun.

Berulang

‘‘Pengambilan berterusan selepas rawatan membantu mengelak kanser daripada berulang. Selain itu, ia turut digunakan dalam beberapa masalah jangkitan virus yang kronik,” katanya.

Dalam perubatan Barat, apabila mereka menilai sesuatu penyakit, mereka tidak melihat seseorang itu secara keseluruhan walaupun ia penting terutamanya bagi penyakit tahap akut.

Powell tertarik dengan bagaimana masyarakat Cina membuat penilaian mengenai kesihatan dan penyakit.

‘‘Ia ada kaitan dengan ‘yin dan yang’, tujuh emosi. Contohnya jantung adalah keceriaan, limpa adalah kerisauan, ginjal adalah ketakutan, hati adalah kemarahan dan paru-paru adalah kesedihan.

‘‘Manakala konsep keharmonian dan keseimbangan juga dianggap sebagai sesuatu yang diperlukan dalam kehidupan,” jelas beliau.

Tambahnya, cendawan yang paling banyak digunakan adalah Coriolus, Cordyceps sinensis dan Reishi (Lingzhi).

Powell sendiri banyak menggunakan lingzhi untuk rawatan rinitis kerana ia bersifat antihistamin, antiradang dan bahan pemodulasi imun.

Ia membantu mereka yang kurang tenaga dan lelaki yang mempunyai fungsi seksual yang lemah. Beliau memberitahu:

‘‘Saya akan mengambil Coriolus apabila mendapat selesema, semasa mengembara dan apabila berada dalam stres. Pengambilan Coriolus dan vitamin C membantu mengelakkan jangkitan.

‘‘Dalam masalah kanser seperti payudara, perut, usus, prostat, hati dan juga leukemia, pengambilannya berupaya membantu menyokong sistem imun.

‘‘Di UK, ada doktor haiwan yang memberi Coriolus kepada anjing dan kucing yang menghidap kanser tahap akhir dan ia membantu meningkatkan selera makan dan kualiti kehidupan haiwan berkenaan.”

Produk cendawan yang dimaksudkan oleh Powell adalah daripada MRL di California, yang memfokuskan kepada perkembangan klinikal untuk menyokong sistem imun.

MRL mempunyai perpustakaan yang ekstensif mengenai jenis-jenis cendawan untuk memastikan spesies cendawan yang betul dan bioaktif digunakan.

Contohnya, spesies yang betul mengikut Chinese Pharmocopoeia adalah Cordyceps sinensis, tetapi dianggarkan 75 peratus produk di pasaran menggunakan Cordyceps militarium.

Kajian menunjukkan cendawan Shiitake, Maitake, Reishi, Cordyceps sinensis dan Coriolus versicolor bersifat antitumor.

Maitake, Coriolus dan Reishi juga bersifat antiradang manakala Coriolus dan Reishi bermanfaat untuk melindungi hati.

‘‘Coriolus, Maitake dan Reishi mempunyai bahan hipoglisemik (mengurangkan kandungan gula darah) manakala Cordyceps mempunyai aktiviti steroid.

‘‘Cendawan ini mengandungi polisakarida berantai panjang, beta glukan dan proteoglikan dan enzim-enzim untuk mengelakkan tekanan oksidatif, menghalang perkembangan sel tak terkawal dan merangsang detoksifikasi,” terang Powell.

________________________________________

Segalanya tentang Cendawan > www.cendawan.com

Number of View :11105

27 comments

  1. Dear Sir,
    I have been diagnosed with adenocarcinoma consistent with primary in the lung(stage 3B) in Dec 07(6.1X5X4cm in length). At present I’m undergoing my treatment and I had my first Chemo on the 21st. of Jan 08. My second Chemo will be on the 12th of Feb. 08. I hv been taking gano lucidium(lingzhi/reishi) and excellium since August 07 when I learned of its anti-tumor benefit. Thank God though the tumor size is quite big when detected, the tumor does not spread to other organ. I am still taking my gano with my chemo treatment. I am looking for Reishi with 16:1 ratio as I learn from the net that it is the best concentrated and best quality Reishi. I would really appreciate it if you could tell me as to where I could get this Reishi. I am coping well with my Chemo thus far. My hair started to fall greatly after 2 weeks of my 1st. Chemo.Other than that I’m physically fit and now mentally stronger(Thank God) as I learn to accept this test from GOD and I will stay strong to fight this through.Thank you and hope to hear from you soon.

    Rohaya

  2. sesape yg tau ubat tradisonal untuk kanser plzz tell bout it to me..
    father i bru je di kesan mengidap kanser..so hopefully somebody can tell me..plzzzz

  3. ada ke kursus yang tanpa perlu pergi ke tempat kursus.. seeloknya lebih baik belajar praktikal daripada teori..

  4. ya btol, kursus mustilah dari praktikal, baru la x banyak error yg timbul, kalu dari segi teori plak, banyak kali nak kena try n error, byk pmbazirn akan berlaku d c2..

  5. surat khabar berita harian (BH) bertarikh 12/02/09 ms.37
    Usaha Jabatan pertanian kelantan patut diberikan sokongan dan pujian,

    Saya ‘Slut’ seorang peserta bernama Rosmaizan Che Abdullah dari pasir mas yang memperbagaikan hasil keluaran cendawannya.

    kalau ada usahawan yg sudah berjaya sila lah membantu komersialkan produk tersebut contohnya seperti pemasaran.

  6. salam. sesiapa yang tangah cari cendawan susu harimau boleh email saya. saya ada 3 pokok sahaja.

  7. saya nak beli cendawan susu rimau dgn segera untuk rawatan anak saya, sila hubungi 0125704189/05-3234766, terima kasih.

  8. apa khasiat cendawan harimau susu ni.. apa jenis penyakit yang boleh diubati dengan memakannya..

  9. Salam kepada empunya blog dan juga penggunjung.

    Cendawan bukan sahaja digunakan secara luaran atau merawat kanser, tetapi boleh juga digunakan secara luaran. Serbuk cendawan ganoderma lucidum boleh juga ditabur di tempat spt kudis, luka, ketuat.
    Bagi yang masih lagi mencari ganoderma untuk diguna, sila lawat:
    http://nizartwork.blogspot.com/p/penawar-dan-pelega.html.
    Terima kasih kpd empunya blog sekali lagi. Jazakallah

  10. kalau nak tau kerja-kerja cendawan ni rumit. Pasran pula kena ikhtiar sendiri. Bantuan kurang diberi. Modal pula perlu tinggi. Kalau rasa nak cuba perlukan modal sekurang-kurangnya RM50k untuk permulaan. Pulangan dalam 2 tahun belum menampakkan lagi, cuma kesabaran yang penting. Penyakit banyak, serangan seranggan juga banyak. Kalau nak buat juga perlulah difikirkan banyak kali.
    @admin

  11. Meh aku tolong bagi sedikit input pasal Kulat Susu Rimau. Kelebihan cendawan ini dan kebanyakan cendawan2 yg sejenis dengannya ialah kerana ia berupaya meningkatkan daya tahan tubuh (body immune system) dengan amat cepat berkali ganda lebih cepat daripada kulat2 Jepun & Cina. Cumanya, pengamal perlu tahu cara betul & bahagian2 cendawan yg boleh diambil untuk menjadikannya sebagai ubat yg mujarab. Dos pengambilan untuk Kulat Susus Rimau amatlah kecil sekali kerana ianya sangat kuat. Sebab itu pengamal tak perlu beli sampai berkuntum kuntum cendawan utk disimpan sebagai stok. Satu kuntum sudah cukup utk pemakaian setahun atau lebih.
    Paling penting bahagian isi ubi cendawan tidak boleh diamalkan memakannya kerana akan mendatangkan masalah selulit yg kronik kepada pengamal. Isi ubi hanya sesuai untuk tujuan perubatan luaran (kalau ada). Cara betul amalan memakannya ialah dgn mengikis bahagian luaran ubi (kulit ubi yg warna perang tu) di pasu dalam 3 kali kikis, di curah air pada bekas kikisan itu lalu diminum airnya. Inilah amalan yg betul seperti yg diamalkan oleh orang tua2 kita di zaman dahulu.

    p/s. Untuk sakit kanser, dapatkan Keladi Tikus atau daun Durian Belanda dan dapatkan nasihat pakar tentang cara yg tepat menggunakannya. Paling penting kena dapatkan spesis yg tepat kalau tidak usaha akan jadi sia2. Sumber pokok dari org2 lurus (zuhud) yg tinggal di kampung2 adalah yg terbaik. Setiap panyakit ada Allah jadikan penawarnya kecuali mati. Cuma kita perlu ada sedikti ilmu untuk mengenal pasti penawar itu. Itu saja.

  12. salam…kepada sesiapa yang memerlukan bekalan cendawan susu harimau saya ada bekalan.contact terus 017-598 4085..tq

  13. hmmm, cendawan susu harimau yang di hutan memang susah untuk dijumpa. boleh datang ke makmal kami di balakong jaya kalau siapa siapa nak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam