Cempaka – Michelia Alba

Cempaka putih adalah sejenis pokok berkayu yang biasanya tumbuh di hutan dengan ketinggian mencapai hingga 30 meter. Pokok cempaka mempunyai 3 jenis warna bunga yang berbeza iaitu warna putih(michelia alba), warna kuning(michelia champaca),dan warna merah. Daun cempaka putih mempunyai permukaan yang licin. Buahnya yang boloeh dimakan dan mempunyai rasa yang sedap ,mempunyai bentuk seperti jantung dengan bahagian bijinya yang agak pahit. Kayunya boleh dijadikan perabut dan peralatan rumah.

Akan tetapi hasil perabut dari kayu ini jarang didapati kerana kuantiti pokok cempaka besar yang terlalu kurang. Sekarang, kaedah kawin telah membolehkan cempaka ditanam sebagai tumbuhan tanaman dalam pasu,dan boleh berbunga walaupun tingginya belum mencecah 1 meter. Bunganya yang berbau wangi mempunyak kandungan minyak volatile yang terdiri daripada cheraniol, linalol, methuleugenol, asid benzik, nerol, dan methulaethulazijnzuur. Kayu cempaka juga mempunyai bau yang sangat wangi dan biasanya minyak pati cempaka didapati dari ekstrak bunga, daun dan kayunya.

 

 

Number of View :5118

One comment

  1. I plan to plant cempaka putih but has no experience growing them. I am actually looking for a white flowering tree that gives good shades for an area of 30 feet perimeter. Was looking at Semarak Api as well, but of course it is not white and was told it doesn’t give much shade. I do not know if Cempaka Putih attracts hummingbird as well, but if they do – it is definitely a big plus.

    Hope anyone who has experience growing Cempaka Putih can share some thoughts whether or not it fits my main requirement – shade.

    Thank you so much in advanced!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam