Cekur (Kaemferia galanga L)


Cekur berasal dari Asia Tropika. Penyebarannya meliputi kawasan di Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam serta India dan China. Di negara kita, kebanyakan kawasan ditanam di sekitar rumah yang berkeadaan lembab dengan sedikit teduhan. Tumbuhan ini mempunyai daun-daun yang lebar dan tumbuh mendatar di atas permukaan tanah. Saiz daun boleh mencapai sehingga 10 cm lebar dan 15 cm panjang. Pelepah daun pendek dan berukuran 2–3 cm sahaja. Cekur berbunga di tengah-tengah rumpun. Bunganya berwarna putih dan berbintik ungu. Daun dan rizomnya mempunyai bau yang unik dan sangat beraroma. Rizomnya berbentuk seperti susunan jari. Di hujung akarnya pula, terdapat butir-butir ubi berwarna putih kemerahan yang juga berbentuk seperti jari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Number of View :6158

7 comments

  1. Setahu saya cekur ada 4 jenis. Cekur jantan daunnya panjang seakan-akan rumput padang agak tebal, cekur betina daun lebar serta tebal, cekur hitam daun lebar tetapi nipis serta mempunyai corak batik hitam pada daun tua manakala cekur merah asal dari India daunnya lebar besar tapak tangan. Daun muda agak berkilat merah kehitaman ubinya kuning.Dalam banyak-banyak cekur, cekur betina ramai yang menjadikannya sebagai ulam.

  2. adakah kesemua tumbuhan cekur itu boleh di buat ulam? dan untuk batuk, bagaimana caranya dibuat ubat??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam