Bawang putih berkesan untuk diet

Bawang putih atau ‘Alium sativum’ sudah menjadi bahan dapur ‘wajib’ ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Manfaat bawah putih antara lain sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5425

Pucuk Betik: Turunkan Tekanan Darah Tinggi

Bagi mereka yang berhadapan dengan masalah darah tinggi, pemakanan harian sememangnya perlu dijaga. Tahukah anda terdapat dua jenis bahan yang sangat baik dimakan untuk menurunkan darah tinggi? Salah satunya adalah menggunakan pucuk dan bunga betik. Apa yang perlu anda lakukan adalah mencelurkan pucuk bunga betik itu di dalam air panas sehingga ia masak kemudian di makan. Ia juga boleh dijadikan kerabu atau di makan dengan sambal belacan. Rasanya mungkin sedikit pahit tetapi ia amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi.

Selain itu,Jus daun betik boleh menjadi remedi yang sangat mujarab, dan berupaya mengatasi banyak masalah/penyakit. Contohnya diserang denggi, malaria etc. Jus daun betik berupaya untuk menggandakan pengeluaran sel darah yang baru supaya sel darah yang rosak akibat serangan virus denggi dapat diganti segera.

Bukan sahaja daun betik, malah di kalangan masyarakat di india, buah betik dimakan bukan sekadar untuk memudahkan sistem penghadaman/pelawasan tetapi juga dianggap sebagai satu kaedah menjarakkan anak – khas untuk mereka yang ingin membuat perancangan keluarga secara tradisi (family planning).

Number of View :7672

Pisang untuk Diet

Pisang mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, frutosa dan glukosa yang dikombinasikan bersama serat. Pisang memberikan tambahan sokongan tenaga yang langsung. Kajian membuktikan bahawa dengan hanya 2 biji pisang ia mampu untuk memberikan tenaga yang cukup dalam tempoh 90 minit. Tidak hairanlah mengapa pisang merupakan buah nombor satu yang banyak diambil oleh para atlet dunia. Disamping itu juga, ia membantu mencegah beberapa jenis penyakit.

___________________________________________

Segalanya tentang Pisang > www.pisang-banana.com

Number of View :2964

Daun Cincau

Cincau sebagai Ubat

Selain dijadikan bahan makanan, cincau juga memiliki kegunaan sebagai ubat. Menurut kajian yang dilakukan, tumbuhan ini mengandungi karbohidrat yang mampu menyerap air. Cincai Hijau mengandungi klorofil serta zat yang memberi warna hijau pada daun. Selain itu, cincau juga memiliki kandungan alkaloid yang cukup banyak sebagai bahan ubat dan antikanser.

Cincau kini menjadi satu sumber makanan tanaman yang istimewa dengan pelbagai zat yang terkandung bersamanya.

__________________________________________

Segalanya tentang khasiat cincau > www.khasiat.cincau.com

Number of View :7620

Kekacang Tingkatkan Tahap Kecerdasan

Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain dipercayai sangat efektif bagi meningkatkan tahap kecerdasan terutamanya untuk kanak-kanak. Kandungan protein yang tinggi dalam kekacang sememangnya mampu membekalkan tenaga untuk kekal cergas. Malah, sesetengah pakar berpendapat kekacang seumpama ini adalah antara makanan yang sering dimakan golongan bijak pandai

________________________________________

Segalanya tentang kacang Soya > www.kacangsoya.com

Number of View :1885