Pengenalan Kepada Bidang Arborikultur

Arborikultur dalam bahasa yang mudah adalah satu bidang pengurusan penjagaan pokok (plant health care) dalam konteks pemilihan, penanaman dan pengurusannya sebagai elemen landskap dan komponen taman. Bidang Arborikultur telah berkembang luas di negara-negara maju seperti di Amerika dan di Eropah. Di Malaysia, bidang Arborikultur ini baru diperkenalkan pada tahun 2005 menerusi Program Persijilan Arboris.
Arborikultur merupakan suatu gabungan seni dan sains memilih, menanam dan memelihara pokok besar, pokok renek dan Iain-lain tumbuhan berkayu di persekitaran bandar untuk yang ditanam untuk kebaikan manusia. la merupakan suatu cabang hortikultur di dalam sains tumbuhan. Tumpuan diberikan kepada aktiviti penjagaan sesuatu individu pokok atau kumpulan kecil pokok-pokok, berbanding dengan pengurusan hutan bandar yang fokus utamanya lebih kepada pengurusan kumpulan pokok-pokok yang lebih besar melalui amalan arborikultur & silvikultur. Arborikultur diasaskan daripada penyelidikan dan pembangunan, serta bersandarkan biologi pokok.
Arborist merupakan individu yang dilatih secara profesional tentang seni dan sains menanam, memelihara dan menjaga pokok sebagai satu unit. Arborist berkongsi pendapat tentang fungsi pokok dengan Iain-lain professional dan melihat pelbagai kelemahan di dalam aspek perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pembangunan projek landskap pada masa kini.
Arborikultur mampu menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan dan kepakaran dalam penjagaan pokok kepada masyarakat daripada golongan professional sehinggalah kepada pembuat dasar. Berdasarkan kepada status terkini tahap penjagaan pokok dan isu-isu semasa yang berkaitan, peranan arborist di dalam pembangunan landskap dan pengurusan hutan bandar amat diperlukan.
Piawaian industri penting bagi mengukur kualiti dan prestasi amalan arborikultur. Malaysia belum mempunyai piawaian industri yang berkaitan berbanding dengan negara-negara maju. Isu-isu keselamatan semasa menjalankan kerja penjagaan pokok, prestasi amalan kerja, kualiti pokok-pokok daripada tapak semaian serta kompetensi individu yang menjalankan kerja penjagaan pokok memerlukan piawaian secara khusus di bidang berkaitan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7801

Teknologi Minyak Pati Tumbuhan

Minyak pati ialah sejenis minyak meruap dan beraroma yang didapati daripada tumbuh-tumbuhan secara sulingan. Bahagian tumbuh-tumbuhan di mana minyak pati boleh diperolehi termasuklah bunga, buah (kulit), daun,biji, akar atau keseluruhan tumbuhan. Minyak pati biasanya digunakan di dalam industri wangian dan kosmetik terutama bagi penghasilan minyak wangi, penyegar udara, bahan cucian dan mandian, aromaterapi, minyak urut, balm dan sebagainya. Minyak pati juga berguna di dalam industri makanan sebagai bahan perisa dan bauan seperti minyak pudina di dalam gula-gula, minyak cengkih dan kayu manis di dalam minuman ringan.

Tanaman untuk penghasilan minyak pati

  1. Nilam (6-7 bulan tuaian pertama )
  2. Serai wangi (7-8 bulan tuaian pertama)
  3. Serai makan (6-8 bulan tuaian pertama )

Teknologi penghasilan minyak pati

  • Bahan mentah
  • Proses pemilihan dan pembersihan
  • Proses pengisaran
  • Pengisian ke dalam tangki penyulingan
  • Proses penyulingan
  • Wap beraroma disejukkan melalui kondensor
  • Pengumpulan bahan estrak
  • Proses pengasingan minyak dan air
  • Penulenan
  • Penganalisaan kualiti minyak pati
  • Perolehan Minyak Pati Tulen

Rujukan : MARDI Kuala Linggi

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5723