Pokok Loropetalum

Pokok Loropetalum atau nama saintifiknya Loropetalum chinense var. rubrum tergolong dalam famili Hamamelidaceae. Pokok Loropetalum merupakan tumbuhan yang sering dijadikan tanaman hiasan kerana daun dan bunganya yang berwarna merah sangat menarik perhatian. Pokok ini juga banyak digunakan sebagai pokok pagaran dan juga dijadikan topiari.

Pokok yang berasal dari China ini juga dikenali dengan nama Fringe flower dan Chinese witchhazel. Pokok ini sangat mudah dijumpai di sekitar Putrajaya dengan pelbagai bentuk topiari.  Topiari adalah antara cabang seni landskap yang membabitkan pemangkasan pokok untuk membentuk atau mengubah tanaman tampil lebih menarik.

Bagi mendapatkan bentuk topiari yang menarik, pokok Loropetalum hendaklah rajin dipangkas bagi menghasilkan dahan dan daun yang lebih banyak dan padat. Kemudian daun dan dahannya boleh dicantas bagi mendapatkan bentuk yang dikehendaki seperti bentuk bulat dan segiempat.

Pokok ini sangat sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh atau separa teduh. Kebiasaannya, pokok ini dibiakkan melalui keratan batang.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

 

 

Number of View :6102

Pokok Senna Mekah

Pokok Senna Mekah atau nama saintifiknya Senna alexandrina (Sinonim: Cassia angustifolia) tergolong dalam famili Leguminosae. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan buah berbentuk legum atau kekacang. Tumbuhan yang dikatakan berasal dari negara Yaman ini mampu mencapai ketinggian sekitar 1-2 meter. Daunnya berpasangan dan setiap tangkai mempunyai beberapa pasang daun.

Pokok senna mekah sentiasa mengeluarkan bunga sepanjang tahun. Disebabkan itu ia sering ditanam sebagai tanaman hiasan kerana warna bunganya yang menarik. Pokok ini dapat tumbuh dengan baik sekiranya mendapat cahaya matahari penuh. Kebiasaannya ia dibiakkan menggunakan biji benih.

Menurut rujukan;  daun senna mengandungi 2.9-3.9 % sennosid dan kulit lengainya mengandungi 3.5-4.0% sennosid (Sennosides). Bahan ini digunakan bagi menghasilkan produk (ubat) yang digunakan untuk merawat sembelit. Sennosides juga boleh digunakan untuk membersihkan usus sebelum pembedahan usus. Sennosides dikenali sebagai stimulan laksatif. Ia berfungsi dengan mengawal air dalam usus, yang boleh menyebabkan pergerakan usus. (sumber: https://www.webmd.com/drugs/2/drug-5342/sennosides-oral/)

Dari segi perubatan tradisional, daun senna mekah dipercayai digunakan untuk merawat penyakit seperti penyakit kulit, sembelit, cacing, anemia, bronkitis, batuk, gout, reumatisme, penyakit kuning (jaundice) dan sebagainya. Sejauh mana keberkesanannya, saya sendiri tidak dapat pastikan.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

 

Number of View :5871

Pokok Jenjuang

Pokok Jenjuang atau nama saintifiknya Cordyline fruticosa tergolong dalam famili Asparagaceae (sama famili dengan pokok Dracaena spp). Pokok ini sering dijadikan tanaman hiasan kerana daunnya yang cantik dan mempunyai pelbagai warna. Kultivar pokok jenjuang yang biasa dijumpai adalah daun yang berwarna merah dan hijau (seperti dalam gambar)

Pokok Jenjuang mempunyai daun jenis ringkas dalam susunan berpilin, memanjang, bentuk membujur atau mata lembing. Pembiakan pokok Jenjuang sangat mudah iaitu hanya menggunakan keratan batang atau pucuk yang berdaun. Cara penjagaan pun sangat mudah kerana pokok ini sangat tahan lasak.

Saya pun turut menanam beberapa pokok jenjuang ini di rumah. Sangat jarang sekali dapat melihat pokok ini mengeluarkan bunga. Dikatakan air rebusan bunga pokok jenjuang boleh diminum untuk merawat demam panas dan radang dalam usus. Sejauh mana penggunaannya dikalangan masyarakat di Malaysia saya tidak pasti.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :8013

Pokok Semarak Api

Pokok Semarak Api atau nama saintifiknya Delonix regia tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Pokok ini  popular dengan nama Flame of the Forest disebabkan warna bunga yang semerah api. Spesies yang dikatakan berasal dari tropika Asia ini boleh mencapai ketinggian sehingga 10meter.

Pokok ini banyak dijumpai di tanam sebagai tanaman hiasan dan landskap kerana ia mempunyai bentuk  kanopi yang merendang dan bunganya yang menarik perhatian. Gambar ini saya ambil di kawasan perumahan sekitar Taman Arked, Dengkil, Selangor.

Kebiasaannya, jambak bunga akan terbit dari pangkal dan hujung daun. Bunganya berwarna merah mempunyai 5 kelopak (petal). Saiz bunganya lebih kurang sebesar tapak tangan orang dewasa.

Selepas musim berbunga, pokok semarak api akan mengeluarkan buah berwarna hijau berbentuk kekacang yang panjang berukuran 12cm dan lebar 5cm. Buah yang masak akan bertukar kepada warna kehitaman.

Pembiakan pokok ini adalah melalui biji benih dan dikatakan pokok ini sangat mudah ditanam dan tidak perlukan penjagaan yang rapi.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :10578

Pokok Palma Latania

Pokok Palma Latania atau nama saintifiknya Latania lontaroides dikatakan berasal dari Madagascar (Mascarene Islands) tergolong dalam famili Arecaceae (Palmae). Pokok yang dikenali sebagai Red Latan Palm ini banyak di tanam sebagai tanaman hiasan yang menghiasi landskap di sekitar Putrajaya. Pokok ini juga boleh ditemui di Taman Botani Putrajaya.

Bentuk daun pokok adalah seperti kipas, petiol daun berwarna warna pada tahun pertama di tanam dan kemudian menjadi hijau pada tahun seterusnya. Pertumbuhan pokok ini perlahan dan ketinggian pokok ini mampu mencapai sehingga 12meter.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :13885