PUTRAJAYA FLORIA 2009

Baru-baru ini satu Festival Bunga atau FLORIA 2009 telah diadakan di Precinct 2, Putrajaya dari 1-9 Ogos 2009. Terdapat banyak pameran bunga dan taman yang menarik antaranya seperti Taman Korporat, Taman PBT dan NGO, Taman Universiti, Taman Sekolah, Kiddy Floral Garden, Laman Seni, Gerai Jualan Bunga/Garden Bazaar, Pameran Orkid, Horticulture Market dan banyak lagi.

Di antara gambar yang aku sempat ambil, korang boleh tengok, lihat, tatap, dan tenung adalah seperti di bawah ini. Ini cuma sebahagian sahajalah.. Ada masa nanti aku uploadkan lagi…

floria

floria2

floria3

floria4

floria5

floria6

floria7

floria8

floria9

bersambung lagi pada artikel seterusnya…

Number of View :4577

Heliconia cantik sebagai tanaman landskap

heliconia1

Heliconia merupakan tumbuhan tropika yang istimewa dengan batang, daun dan bunga hiasan yang cantik, Berasal dari Amerika Tengah, Carribean, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Terdapat 500 spesies dan varieti atau kultivar di dunia, namun 150 daripadanya boleh ditemui di Asia Tenggara dan Polinesia, Heliconia semakin popular dalam industri landskap, bunga keratan, tanaman berpasu dan hiasan.
Heliconia mempunyai kepelbagaian jenis dan warna. Ianya Mudah ditanam dan dibiakkan walaupun di dalam tanah yang tidak berapa subur seperti gambut dan berpasir. Boleh digunakan dalam’functional landscape’-‘feature planting’, mass planting. Potensi penanaman amat luas kerana masih banyak varieti yang belum diterokai. Selain digunakan sebagai bunga dalam perlandskapan, heliconia sesuai digunakan sebagai bunga keratan ‘foliage’ untuk bunga gubahan kerana mempunyai nilai komersial yang tinggi.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :14103

Tanaman Bunga Semusim

petuniapinkwave

Asal-usul ianya dinamakan tanaman semusim ialah kerana ia mempunyai kitaran hidupnya yang singkat sahaja iaitu semusim sahaja bagi negara yang mempunyai empat musim dalam setahun seperti banyak negara Eropah seperti United Kingdom, Perancis dan sebagainya. Ini bermakna ia hanya boleh hidup dari anak benih, membesar, berbunga (jika jenis tanaman berbunga) dan mati selama masa tiga hingga empat bulan sahaja. Namun yang unik mengenai tanaman jenis ini ialah penampilan warna bunga atau daun pokoknya memang cantik dan menarik dalam masa sesingkat itu.      Untuk mendapatkan pameran yang berpanjangan kita perlu menanamnya semula untuk melalui kitaran hidupnya seperti tersebut di atas. Dengan menggunakan tanaman jenis ini juga kita boleh mempelbagaikan pameran dari segi warna, bentuk, tekstur,corak dan mungkin juga bauannya di taman kita.
Kebanyakan tanaman ini pula sebenarnya berasal dari negara asing atau dikenali seba-gai tanaman eksotik di mana benihnya diimport dari negara luar tetapi ia boleh hidup di negara kita ini jika diberikan keperluan dan penjagaannya. Di antaranya adalah seperti berikut:
Pokok Berbunga:- Contohnya seperti pokok bunga balong ayam atau Celosia,Pelargonium, Cosmos, Petunia, Zinnia, Tagetes atau bunga tahi ayam, Torenia dan sebagainya.
Malah terdapat jenis kacukan yang mengeluarkan bunga pelbagai warnanya yang lebih unik, cantik dan menarik lagi.
Pokok Berdaun:- Terdapat beberapa jenis pokok berdaun yang boleh diklasifikasikan sebagai tanaman semusim.
Di antaranya seperti pokok ati ati atau nama saintifiknya Solenostemon atau Coleus, Alternanthera dan sebagainya.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :28071