Tanaman Anggur

Anggur merupakan tanaman buah yang dikatakan berasal dari Armenia dan kemudian berkembang ke Timur Tengah sejak 4000 SM. Asalnya, teknologi pemprossesan anggur menjadi wine pertama kali dikembangkan orang Mesir pada 2500 SM. Dari Mesir ia kemudian berkembang ke Yunani dan tersebar ke daerah Laut Hitam sehingga ke Sepanyol, Jerman, Perancis dan Austria.

Seiring dengan pelayaran Columbus; mula menyebarkan tanaman anggur ke Mexico, Amerika Selatan, Afrika selatan, Asia termasuk Indonesia dan Australia. Penyebaran ini juga menjadikan Anggur mempunyai beberapa sebutan seperti Grape di Eropah dan Amerika, orang China menyebut Pu tao dan di Indonesia disebut anggur.

Pokok anggur pada suatu ketika dahulu hanya terdapat di negara bermusim kini sudah boleh ditanam di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi terkini serta pengurusan yang teliti, pokok anggur dapat mengeluarkan buah yang manis dan berkualiti. Pokok anggur sesuai pada tanah yang mengandungi banyak bahan organan. Suhu dan hujan juga menentukan kesesuaian tanaman anggur. Selepas 14 hari dipangkas pokok anggur mula mengeluarkan jambak-jambak bunga halus. 30 hari sebelum buah sedia untuk dipetik, penyiraman perlu dikurangkan atau dihentikan bagi memastikan buah yang akan dihasilkan manis. Kemarau yang panjang sehingga 3-4 bulan memberi peluang proses penukaran asid ke gula menyebabkan buah menjadi manis..

Antara penyakit yang diketahui menyerang tanaman ini ialah;

i. Antraknos – menyerang buah

ii. Karat – menyerang daun

iii. Kulapok Downy – menyerang daun

iv. Bengkak Cerana – menyerang batang dan ranting.

Kini tanaman anggur sudah semakin popular di Malaysia sejak beberapa tahun yang lepas. Ramai yang sudah mula menanam disebabkan permintaannya yang tinggi. Anak benih sahaja boleh mencecah sehingga RM25/polibeg. Antara varieti Anggur adalah seperti New White Malaga, Green Perliet, Black Opal ,I.A.C, Kyoho dan Isabela.

Number of View :23356

Duku Terengganu

Duku Terengganu ( Lansium domesticum Jack ) dipercayai berasal dari Semenanjung Malaysia Khususnya di negeri Terengganu. Ia tergolong di dalam famili Meliaceae seperti juga langsat, Duku Kelantan,Duku Johor dan dokong. Adalah dipercayai Duku Terengganu merupakan hasil kacukan semulajadi di antara duku dan langsat. Duku Terengganu lebih di kenali sebagai duku oleh penduduk tempatan dan buah ini digemari di seluruh negara kerana rasanya yang manis, mempunyai aroma yang unik dan tidak bergetah seperti buah langsat.
Pokok berbentuk kon hingga silindrikal. Ketinggian pokok boleh mencapai 30 m , akan tetapi ketinggian ini akan berkurangan apabila ditanam di kawasan terbuka. Pokok mempunyai batang yang lurus sebelum bercabang ( central leader system), atau pun mempunyai batang yang pendek sebelum batang nya bercabang kepada dua atau lebih ( modified leader habit ). Kulit batang berwarna coklat muda dan senang tertanggal apabila dikupas. Keratan melintang batang kelihatan agak bulat atau ‘poligonal’. Lilitan batang lebih kurang 70 cm untuk pokok berusia 18 tahun dan 82 cm bagi yang berusia 25 tahun.

Pokok yang tua boleh mencapai 140 cm atau lebih. Akar banir ( buttress ) akan terbentuk apabila telah tua atau matang.
Pokok Duku Terengganu sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi dengan jumlah hujan di antara 2000-3000 mm setahun. Suhu yang sesuai ialah di antara 25 – 35.
Tanaman ini juga memerlukan kemarau yang pendek diantara 2-3 minggu untuk merangsangkan pembungaan. Di samping itu hujan yang sederhana lebat pada peringkat bunga kembang dan masa buah membesar amat sesuai untuk tanaman ini.
Di kawasan yang terbuka dan terdedah kepada laluan angin yang kencang, pokok-pokok hadang angin perlu ditanam di keliling kawasan. Jika tidak, pokok dokong yang mempunyai 2-3 batang utama mungkin serkah dan kadang-kala pokok boleh rebah.

 

Number of View :5392

Hibrid nanas Josapine

nanas-josapine

Moris dan Sarawak merupakan varieti nanas segar yang ditanam masa kini. Nanas Moris kecil, dengan isi berwarna keemasan, agak kering, rangup dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah nanas Sarawak besar serta mempunyai isi yang berwarna pucat, tidak rangup dan berair. Kelemahan utama varieti Moris ialah buahnya mengecil di hujung dan daunnya berduri dan ini merumitkan pengurusan pengeluarannya.
Varieti Sarawak pula menghadapi masalah pembungaan yang terlalu rendah terutama di kawasan gambut. Kedua-dua varieti ini peka terhadap gejala teras hitam (black heart disorder) (BHD) akibat penyimpanan pada suhu rendah.

Asal usul JOSAPINE
Pemilihan dibuat di Stesen Penyelidikan MARDI, Pontian daripada populasi hibrid F1 hasil daripada kacukan antara Nanas Johor (induk betina) dan Sarawak (debunga)
Ciri-ciri tampang
Pokok sangat subur, boleh dihormon pada umur 9 bulan.
• Daun hijau keunguan, tidak berduri.
• Saiz jambul sederhana, kadang-kadang lebih daripada satu
• Biasanya 1-2 sulur buah/pokok
• Sulur dan ratunnya baik.
Ciri-ciri pembungaan dan pembuahan
Tindak balas pembungaan dengan bahan mengaruh sangat baik (90-100%). Berbuah awal – dari aruhan bunga hingga peringkat putik bunga mengambil masa 30 hari.
• Dari aruhan bunga hingga pemetikan buah mengambil masa 127 hari
• Hasil 60 tan/ha bagi tanaman pertama.
Ciri-ciri buah
Kulit buah muda yang berwarna ungu gelap berubah menjadi merah jingga apabila masak.
• Buah berbentuk silinder
• Matanya besar membonjol, iaitu seperti nanas Spanish
• Buah bersaiz sederhana (1.2-1.5 kg.)
• Isi buah kuning keemasan dengan tekstur yang agak rangup dan kering
• Sangat manis (TSS 16-17%) dengan perisa asid yang seimbang
• Penyimpanannya baik, mutu buah tidak berubah walaupun buah sudah terlalu masak
• Tiada tanda gejala teras hitam berlaku dalam buah apabila buah disimpan pada suhu 10 °C selama 2 minggu dan didedahkan pada suhu bilik selama 5 hari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5160

Jambu Batu

Jambu batu berasal daripada kawasan Tropika Amerika. Tanaman ini mula ditanam di Asia Tenggara dan Asia Timur pada awal abad ke-17. Penanaman jambu batu secara komersial bermula di sekitar pekan Bidor, daerah Batang Padang, Perak pada awal tahun 1987. Jambu batu di tanam di kawasan tanah Mineral dan tanah bekas lombong. Program pembajaan bagi tanaman ini bergantung kepada jenis tanah.

Pengeluaran buah jambu batu didapati berbeza-beza bergantung kepada jenis, umur pokok, amalan kultur dan pengurusan serta keadaan cuaca. Pada amnya, tanaman jambu batu mula mengeluarkan hasil maksimum pada umur 6 tahun. Selepas itu, penghasilannya akan menurun hingga tahun ke-10 dan, penanaman semula perlu dijalankan.

Varieti Kampuchea(GU8) merupakan varieti jambu batu yang paling banyak di tanam di Malaysia. Ia cepat berbuah iaitu selepas 6-8 bulan ditanam. Hasil buah adalah rendah pada peringkat awal dan meningkat selepas pokok berumur 2 tahun. Pada peringkat umur 4-5 tahun, sebanyak 45-50 tan buah sehektar boleh dihasilkan setahun.

Pertumbuhan pokok jambu dipengaruhi oleh cuaca, jenis tanah dan pengurusan. Indikator kesihatan pokok dinilai dengan berasaskan fisiologi pokok jambu batu, iaitu kulit batang pokok akan mengelupas semasa pokok membesar. Batang pokok yang licin bermakna pertumbuhan pokok yang telah terjejas dan semakan perlu diadakan untuk menentukan sebabnya. Indikator ini boleh digunakan untuk menentukan status kesihatan pokok dalam pemantauan projek jambu batu.

Number of View :7120

Buah tembikai

Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.
Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.
Tembikai tumbuh dengan subur dalam iklim panas dan kering dan menerima banyak cahaya matahari. Tanah yang paling sesuai untuk tembikai ialah tanah yang tidak menakung air dengan pH 5.8-7.2.
Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.

Number of View :8686