Tumbuhan Berbunga ( Angiosperma )

Tumbuhan secara umumnya dikategorikan kepada 4 kumpulan utama. Kumpulan yang terbesar adalah ‘Tumbuhan Berbunga‘ atau Angiosperma, juga disebut sebagai ‘seed-bearing vascular plants‘. Pembiakannya adalah melalui struktur bunga di mana ovul terdapat di dalam ovari. Hasil dari pembiakan akan menghasilkan biji benih.

Di dalam kumpulan tumbuhan berbunga terdapat sebanyak 405 famili yang terdiri dari 14,559 genera (genus). Sehingga kini, terdapat kira-kira 352,000 spesis tumbuhan berbunga di dunia yang telah direkodkan di dalam http://www.theplantlist.org. Famili terbesar bagi Kumpulan tumbuhan berbunga adalah Orchids, Compositae (daisy) dan Leguminosae (kekacang).

Tumbuhan berbunga terdapat pada hampir setiap habitat samada di hutan,  padang rumput, tepi laut dan padang pasir. Antara jenis tumbuhan berbunga termasuklah pokok balak, tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran, tumbuhan herba, tumbuhan akuatik, umbisi, epifit dan sebagainya.

Number of View :1347