Susun kelapa – Tabernaemontana coronaria

Kegunaan.

Resdung, campuran herba bersalin, senggugut, ulser hidung, penyakit venereal .

Kaedah.

Akarnya yang dicincang kemudian air rebusannya diminum bersama dengan herba bersalin yang lain. Bagi rawatan resdung, akarnya diasah dengan kemenyan arab dan patinya disedut ke dalam hidung manakala airnya yang jernih dititikkan ke dalam mata bagi rawatan “ulser hidung”. Perhatian : Pokok ini ada persamaan dengan pokok Cina putai dan Cak perdik . Perbezaannya ialah bunga pokok ini dalam bentuk bersusun dan agak besar. Pokok ini banyak terdapat di kawasan perkampungan dan biasanya ditanam di kawasan kuburan memandangkan bunganya berbau harum. Ianya juga boleh dibuat tanaman lanskap. Daunnya yang dipatah akan mengeluarkan sedikit getah putih.

Habitat : Biasanya didapati di kawasan yang bercangkat rendah dan lereng hutan.

Ciri-ciri Istimewa : Daunnya hijau berkilat dan mempunyai bunga berwarna putih.

Kaedah Pembiakan : Pembiakannya menggunakan buah .

 

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

 

Number of View :3578