Bunga pokok Senggang

Bunga pokok Senggang – Gambar ini dikirim oleh seorang rakan dari Sarawak. Memang tidak banyak maklumat mengenai pokok ini di internet. Menurutnya, ianya tergolong di dalam keluarga halia yang hidup dalam hutan paya gambut Sarawak. Batangnya boleh dijadikan tikar yang dikenali sebagai tikar senggang. Buah dari bunganya yang telah masak boleh dimakan. Rasanya manis dan sedikit masam.

Jika anda mempunyai info lain mengenai bunga pokok Senggang, bolehlah dikongsikan bersama.

Number of View :16662