Bunga Kantan

bunga-kantan

Pokok Kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior (syn: Phaeomeria speciosa) sememangnya sangat dikenali di kalangan masyarakat kita di Malaysia kerana kegunaannya dalam masakan khususnya dalam penyediaan kuah Laksa. Bahagian pokok yang digunakan adalah bunganya yang mempunyai aroma yang harum. Bunga kantan yang digunakan dalam masakan akan memberikan rasa yang lebih enak.

Harga sekuntum bunga kantan boleh mencecah sehingga RM1.50-RM2.50 di pasaran (waktu artikel ini ditulis). Disebabkan peningkatan harga bunga kantan di pasaran menyebabkan ramai yang ingin menanamnya dan secara tidak langsung harga benih bunga kantan juga turut naik.

bunga-kantan-2

Kebiasaannya, Kantan dibiakkan melalui rizom, biji benih atau belahan rumpun. Saya juga turut membeli benih bunga kantan sebagai percubaan untuk menanamnya sendiri. Benih ini dibiakkan melalui biji benih. Menurut penjual, pokok yang dibiakkan melalui biji benih mengambil masa sehingga 6-8 bulan bagi mendapatkan pertumbuhan dan ketinggian seperti gambar di bawah.

benih-bunga-kantan

Bunga Kantan juga dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri. Sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu mengenai khasiat tanaman bunga kantan atau ada petua menggunakan bunga kantan, harap dapat coretkan di ruangan ini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :9220

Sayur Kakrol dan Parval dari Bangladesh

kakrol

Bagi yang biasa ke pasar borong atau biasa membeli sayur di pasar sudah pasti pernah terjumpa sayur seperti ini. Sayur ini dikenali sebagai Kakrol di Bangladesh atau Kantola di India. Sayur yang terdapat dijual di pasaran sekarang adalah diimport dari Bangladesh. Kakrol atau nama saintifiknya Momordica dioica juga dikenali  spiny gourd dan teasel gourd. Sejenis tanaman menjalar yang boleh dibiakan melalui biji benih.

sayurkakrol

Cara menggunakan sayur ini atau nak masak sayur ini lebih kurang sama macam nak masak peria dan menurut penjual Bangladesh tersebut ia boleh dimasukkan ke dalam masakan Kari. Lain-lain resepi boleh buat carian di Google.

parval2

Selain dari Kakrol ada lagi beberapa jenis sayur lain seperti sayur parval juga turut dibawa dari Bangladesh kerana terdapat permintaan dari ramai pekerja asing dari Bangladesh yang menetap di Malaysia. Parval atau nama saintifiknya Trichosanthes dioica juga dikenali sebagai pointed gourd. Ia seakan menyerupai timun tetapi bersaiz lebih kecil.

Sayur Parval atau Parwal yang sangat terkenal di India ini merupakan sejenis tanaman menjalar yang boleh dibiakan melalui biji benih . Ia banyak digunakan dalam masakan kari dan juga pelbagai lagi resepi seperti pajeri dan sebagainya.

parval

Sebenarnya ada lagi beberapa jenis sayur lagi yang dibawa dari Bangladesh namun untuk artikel kali cukuplah sekadar 2 jenis sayur yang dapat saya kongsikan. Yang menarik tentang 2 jenis tumbuhan ini ialah pokok ini mempunyai satu persamaan.  Ini jelas menunjukkan pada nama botaninya iaitu Momordica dioica dan Trichosanthes dioica.  Cuba teka apakah persamaan itu ?

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :28361

Ubi Tum @ Air potato

ubi-tum3
Sudah lama penulis ingin menulis artikel ini, namun hanya pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan baru tangan ini dapat menulisnya. Artikel kali ini mengenai pokok Ubi Tum atau nama saintifiknya Dioscorea bulbifera. Di lain-lain Negara ia lebih popular dengan nama air potato disebabkan ubinya yang tergantung di udara tidak seperti jenis-jenis ubi yang lain yang terdapat di dalam tanah. Walau bagaimanapun terdapat juga varieti lain air potato di luar negara yang juga dikenali Dioscorea alata.

Ubi Tum juga dikenali dengan nama Ubi Sentul atau Ubi Setong di sebelah kawasan pantai timur. Ada juga yang menggelarkannya Ubi takut babi disebabkan tidak tumbuh di dalam tanah.

ubi-tum2

Penulis juga pernah menanam ubi ini di kawasan rumah. Ubi yang tumbuh secara menjalar ini mudah hidup dan tidak sukar menjaganya. Pertama kali menanam pokok ini, ubi yang dikeluarkan tidak besar dan buahnya juga tidak banyak. Daun pokok juga kecil. Apabila kali kedua menanamnya dari benih yang sama, pokok lebih subur dan daun pokok juga lebih besar. Buah/Ubi yang pertama keluar juga mempunyai saiz lebih besar. Namun, ubi-ubi yang lain akan menjadi lebih kecil sehingga ubi yang terakhir keluar yang semakin kecil.

Saya pernah ditanya melalui satu email sewaktu ketika dahulu. Adakah ubi ini boleh dimakan dan adakah ia beracun? Dalam pengetahuan saya ketika itu, ubi ini tidak beracun dan ianya boleh dimakan. Namun, saya sempat membuat sedikit rujukan daripada kajian-kajian yang pernah dibuat di luar negara. Sebenarnya, ubi jenis ini mempunyai sedikit racun atau toksik. Saya tidak pasti adakah ia adalah dari jenis yang sama atau berlainan. Mungkin disebabkan itu ubi ini perlu dimasak terlebih dahulu bagi menghilangkan racun yang terdapat di dalamnya.

ubi-tum

Daripada maklumbalas mereka yang pernah makan ubi ini, kulit ubi tum dikupas kulit dan Perlu dicuci hingga hilang lendir sebelum di masak. Kebiasaannya ia dimasak bersama kari ikan. Rasanya seakan ubi kentang. Ubi Tum ini juga dipercayai boleh dijadikan penawar penyakit kencing manis. Perkara ini juga pernah dinyatakan oleh makcik yang tinggal di Kampung Gajah Perak. Menurut beliau lagi, ubi ini sukar didapati dan harganya juga mahal.

Jika anda ada cerita menarik mengenai ubi ini, bolehlah kongsikannya di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :30598

Pokok Jenereh

POKOK-JENEREH

Bagi mereka yang tinggal di Kelantan, sudah tentu tahu tempat yang di sebut Pangkal Jenereh.  Apa kaitannya dengan artikel ini? Penulis berkesempatan ke negeri Kelantan beberapa minggu  yang lalu dan bertemu dengan pokok yang dikenali pokok Jenereh. Mungkin nama tempat Pangkal Jenereh diberikan sempena nama pokok ini.

Menurut tuan empunya pokok ini, Jenereh sejenis pokok yang boleh tumbuh tinggi dan besar seperti pokok balak tetapi boleh sentiasa dicantas bagi memastikan ia tidak tinggi. Pucuk jenereh muda bewarna kemerah-merahan. Pucuk muda pokok ini boleh dijadikan ulam-ulaman dan enak dimakan bersama nasi.

ulam-JENEREH

Daripada sumber rujukan,  khasiat tradisional daun jenereh dipercayai boleh membantu melancarkan peredaran darah dalam badan dan mampu menguatkan tenaga batin.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :15001

Kacang Tanduk

kacang-tanduk

Kacang Tanduk – sekali pandang rupanya, memang amat pelik sekali kerana ia tidak merupai bentuk kacang yang biasa. Penulis mengenali kacang tanduk sudah lama dahulu, namun belum pernah sekali merasainya. Ketika ini, kacang ini sudah banyak dijumpai dijual di pasaraya-pasaraya besar seperti Giant dan sebagainya. Jadi, artikel kali ini, penulis cuma ingin kongsikan beberapa fakta yang sempat dikumpulkan dari beberapa rujukan dan komen-komen dari rakan-rakan dalam Grup dan Blog mengenai kacang ini.

Kacang tanduk atau Water caltrop dikatakan berasal dari Cina dan Taiwan. Pokoknya seakan menyerupai pokok teratai dan ditanam di dalam air. Kacang Tanduk biasanya dijual semasa Mid Autumn Festival atau Moon Cake Fesival atau Lantern Festival. Mid Autumn Festival setiap tahun jatuh pada 15hb bulan 8 kalender Cina, bersamaan dengan 9hb September untuk tahun ini. Kacang tanduk adalah salah satu makanan yang popular selain dari kuih bulan.

Cara makan kacang tanduk adalah dengan cara merebusnya sahaja seperti cara kita rebus kacang tanah. Untuk makan, pecahkan kulit tanduk dan nampaklah isi kacangnya berwarna putih.

Jika anda mempunyai info mengenai kacang ini bolehlah kongsikannya di sini 🙂

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :31151