Remayung Merah

remayung

Remayung Merah atau dalam bahasa Inggerisnya Ceylon Spinach adalah sejenis herba lembut dan memanjat secara melilit. Terdapat 2 jenis remayung yang dikenali remayung hijau dan merah. Dipercayai, kutivar yang mempunyai daun yang berwarna hijau adalah yang paling digemari.
Ia merupakan sejenis sayuran tradisional yang jarang dimakan oleh masyarakat melayu. Namun, dipercayai masyarakat Cina gemar menjadikan sayur ini sebagai ramuan hidangan dalam sup manakala masyarakat India pula gemar menggunakannya dalam masakan sayur sama ada digoreng, ditumis atau direbus manis. Sayur ini bermusilaj (berlendir) sedikit dan menjadi lembik jika dimasak terlalu lama.

remayung2

Remayung mengandungi khasiat makanan yang tinggi terutama mineral dan kaya dengan vitamin A,B dan C. Herba ini dianggap sebagai ubat yang dapat melawaskan perut. Daunnya yang diramas atau ditumbuk dapat mengurangkan ulser dan bisul. Remayung juga mempunyai sifat menurunkan tekanan darah tinggi. Air rebusan akar jika diminum dipercayai dapat melawaskan air besar dan kecil serta melegakan badan.

Bagi yang berminat menanamnya, pokok ini memang mudah untuk dibiakkan iaitu melalui dengan cara keratan pucuk berdaun atau batang. Remayong tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi memerlukan air secukupnya. Anda boleh meletakkan baja organik bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan yang baik.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :24340

Keladi Merawan

keladi-merawan

Hari cuti hujung minggu yang lalu.. saya sempat pulang ke kampung. Kebetulan ada pula pasar tani pagi tu.. Jadi sempatlah jalan-jalan sambil cuci-cuci mata melihat macam-macam barang yang dijual.. termasuklah hasil-hasil tani orang kampung. Saya terpandang dan terjeling sejenis sayur yang jarang dijumpai sebelum ini. Apa lagi.. terus aku bertanya kepada tuan empunya gerai tersebut. Setelah selesai menjalankan Edisi Siasat dan sesi Pos mortem barulah aku tahu yang sayur tersebut disebut sebagai  Keladi Merawan. Sayur tersebut tidak ditanam, sebaliknya tumbuh liar dan biasanya banyak terdapat di tali-tali air atau di kawasan sawah padi. Bagaimana pula cara nak makan? Mudah saja.. Biasanya ia direbus atau dicelur..  kemudian bolehlah dicicah sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Memang sesuai sangat kepada yang suka makan ulam-ulaman.

keladi-merawan2

Oleh kerana.. saat dan ketika itu.. saya tidak membawa kamera semasa kejadian itu berlaku. Maka, saya terbeli juga sayur tersebut semata-mata nak ambil gambar. Nasib baik tidak mahal, harga seiikat baru mencecah RM1 sahaja. Lepas ambil gambar terus masuk peti sejuk.. Tak sempat pulak nak rasa. Tak tahu apa dah jadi dengan sayur tersebut. Mungkinkah… ketika aku sedang menulis artikel ini..  sayur tersebut sudah dihadamkan atau mungkin menjadi penghuni tong sampah..

Kalau anda ada cerita ingin dikongsikan mengenai Keladi Merawan ini, harap dapat dikongsikan bersama.. atau anda ingin berkongsikan resepi masakan Keladi merawan, saya amat alu-alukan…

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :32461