Pokok Baobab

Pokok Baobab atau nama saintifiknya Adansonia digitata tergolong dalam famili Malvaceae. Sepanjang pengetahuan saya, pokok ini tidak lagi dijumpai di tanam di Malaysia. Namun, pokok ini saya temui semasa berkunjung ke Taman Botani Singapura beberapa minggu yang lalu. Keadaan rupabentuk pokok baobab juga tidaklah sama seperti di dalam gambar yang terdapat di internet yang mana bentuknya lebih jelas menonjolkan keunikannya. Mungkinkah usia pokok ini masih muda atau faktor persekitaran yang tidak sama seperti di benua Afrika yang mempunyai cuaca yang sangat panas dan kering.

Pokok Baobab yang banyak terdapat di Benua Afrika ini sangat terkenal di dunia kerana merupakan sejenis spesies yang unik selain dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya. Pokok Baobab dikenali sebagai pokok terbalik (upside down tree) kerana memiliki daun yang sedikit dan memiliki cabang ranting yang kelihatan seperti akar kayu.

Buah Baobab bersaiz besar, berair dan mempunyai rasa yang manis. Menurut rujukan, minuman baobab sangat terkenal di Afrika sebagai sejenis minuman yang berkhasiat dan sedap. Buah baobab dikatakan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi dari buah goji dan delima.

Sampai di sini perkongsian mengenai Pokok Baobab. Jika anda pernah menjumpai pokok ini ditanam di Malaysia, silalah kongsikannya di sini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :903

Ubi Tum berbuah lagi

Artikel mengenai Ubi Tum @ Air potato ini pernah saya tulis lebih kurang 2 tahun yang lalu. Boleh baca di sini. Walaupun saya tidak pernah menggunakan ubi ini sama ada dalam perubatan atau masakan namun saya tetap menanamnya kerana benih ubi tum sukar lagi didapati pada masa sekarang. Tanam ubi ini pun tidak susah mana. Hanya biarkan ia menjalar ditepi pagar. Lebih kurang 4-5 bulan boleh tuai hasilnya. Buah ubi ini boleh disimpan lama pada suhu biasa kerana ia tidak mudah rosak atau busuk.

Pada artikel yang lalu, ada pembaca yang memberi komen dan berkongsikan pengalaman mengenai tumbuhan ini. Ada yang memanggil ubi tom sebagai ubi takut ke babi, ubi katak, buah barah, kentang angin dan buah sambung hayat. Masih ramai ragu-ragu menggunakannya kerana bimbang ubi ini beracun. Ini kerana ada yang cuba makan ubi ini menyebabkan rasa pening kepala seperti mabuk laut. Mungkin cara penggunaannya yang salah atau tidak sesuai bagi sesetengah individu.

Bagi yang ingin menggunakannya dalam masakan; Kulit ubi perlu dikupas sebelum dimasak. Bagi masakan kari, kuah kari akan menjadi pekat disebabkan ubi ini akan mengeluarkan lendir seakan bendi. Ubi perlu dimasukkan terlebih awal semasa tumis kerana ubinya lambat empuk.

Bagi yang ingin menggunakannya dalam perubatan; ubi ini dikatakan mujarab untuk penyakit saluran jantung tersumbat. Ia perlu di masak terlebih dahulu dan kemudian dikisar. Selain itu, ada yang menyatakan untuk rawatan penyakit jantung, caranya adalah air sejumlah dua cawan yang mengandungi ubi tum direbus sehingga menjadi 1 cawan. Banyak mana ubinya, saya sendiri tidak pasti.

Ubi tum juga dipercayai digunakan sebagai penawar kanser. Menurut perkongsiannya, ubi yang jatuh sahaja boleh direbus untuk diminum airnya. Ubi juga boleh di keringkan dan di rendam air untuk di jadikan minuman.

Ada juga pengamal perubatan tradisional menggunakannya bagi merawat penyakit kencing manis, darah tinggi, batu karang dan ketumbuhan (tumor). Dikatakan batu karang yang di alaminya, hancur dan keluar semasa buang air kecil.

Ubi Tum juga disukai oleh kaum lelaki yang sudah berkahwin. Nak tahu kenapa? Boleh baca komen dalam artikel saya yang lalu mengenai ubi tum. Jika anda ada cerita menarik mengenai ubi ini, bolehlah kongsikannya di sini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :3162

Pokok Cannon Ball

Pokok Cannon Ball atau nama saintifiknya Couroupita guianensis tergolong dalam famili Lecythidaceae; sama famili dengan pokok Brazil Nut. Spesies yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan ini mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Di Malaysia ia lebih dikenali dengan nama pokok Peluru Meriam.

Artikel mengenai pokok ini pernah saya tulis pada tahun 2011 semasa berkunjung ke Taman Pertanian Tenom di Sabah. Artikel kali ini, saya hanya menambahkan sedikit imformasi sekadar untuk perkongsian.

Gambar ini saya ambil  semasa berkunjung ke FRIM yang terletak di Kepong. Pokok Cannon Ball mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ranting-ranting yang keluar dari batang mengeluarkan bunga yang besar. Tumbuhan seperti ini bersifat ‘cauliflory’, sama seperti pokok nam-nam atau katak puru (Cynometra cauliflora). Spesies ini dikatakan pertama kali dijumpai oleh  ahli botani yang bernama J.F. Aublet pada tahun 1775.

Daun pokok ini adalah jenis ringkas dan mempunyai bentuk eliptik dan ovate. Panjang daun lebih kurang 15-20 cm. Pada musim kering, ke semua daun akan luruh sehingga hanya ranting kelihatan.

Bunga pokok cannon ball dikatakan mampu bertahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang dapat menarik serangga untuk mendebungakannya. Buah yang terhasil mempunyai saiz yang besar. Saya anggarkan beratnya lebih kurang 2-3kg. Buat berwarna coklat dan terdapat biji benih kecil di dalamnya yang dianggarkan sebanyak 200-300 biji.

Menurut rujukan, pengeluaran buah mengambil masa sehingga 1 tahun untuk masak atau matang. Buah yang masak akan gugur dengan sendirinya ke tanah.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :5988

Lukut-lukut

Salah satu tumbuhan yang menarik untuk dilihat jika anda ke Taman Herba Negeri Perak ialah dipanggil Lukut-lukut atau nama saintifiknya adalah Salvinia natans. Pokok yang berasal daripada famili  Salviniaceae ini merupakan sejenis tumbuhan pakis yang terapung didalam air. Sekali pandang rupanya kelihatan seakan-akan lumut. Pokok Lukut-lukut mempunyai daun yang sedikit tebal dan berpasangan.

Daunnya yang menarik dan unik ini seringkali dijadikan sebagai tanaman hiasan di dalam akuarium. Walau bagaimanapun, ia jarang sekali dapat dijumpai atau dijual di nurseri-nurseri. Di beberapa buah negara, tumbuhan ini merupakan spesies terancam pupus disebabkan populasinya yang semakin berkurangan.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

 

Number of View :4569

Pokok Mengkuang

mengkuang

Pokok Mengkuang atau nama saintifiknya Pandanus artocapus merupakan tanaman yang tidak asing lagi di negara kita Malaysia. Tumbuhan ini sangat terkenal kerana ianya digunakan bagi penghasilan tikar atau dikenali sebagai tikar mengkuang. Buat mereka yang pernah tidur di atas tikar mengkuang sudah pasti tahu rasanya yang sejuk apabila baring di atasnya.

mengkuang2

Bagi generasi muda sudah pasti hanya mengenali tikar mengkuang berbanding pokok mengkuang. Jika anda ingin melihat pokok mengkuang dengan lebih dekat, bolehlah berkunjung ke Taman Botani Putrajaya. Di sini, pelbagai jenis tumbuhan yang jarang dilihat dapat kita jumpai.

pokok-mengkuang

Tumbuhan yang mempunyai tepi daun berduri ini kebiasaanya hidup subur di kawasan yang lembap (berair) atau di kawasan seperti paya bakau dan juga tepi-tepi sungai. Pokok ini juga mengeluarkan buah seakan buah durian. Namun, daripada rujukan pokok seperti ini mempunyai pokok jantan dan betina. Hanya pokok betina sahaja yang mengeluarkan bunga dan menghasilkan buah.

pokok-mengkuang2

Itulah serba sedikit tentang pokok mengkuang. Jika anda ingin berkongsikan sesuatu mengenai pokok mengkuang atau anda pernah anyam tikar mengkuang, silalah kongsikannya di sini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :10273