Herba Penawar Buasir

Ramai yang mencari kaedah tradisional bagi merawat penyakit buasir. Tumbuhan herba sejak sekian lama sudah diamalkan sebagai penawar untuk merawat pelbagai penyakit termasuklah penyakit buasir. Buasir berlaku apabila pembuluh pada selaput darah di bahagian dubur dan kulit sekitarnya mula membengkak.

Antara ramuan herba yang boleh digunakan bagi merawat penyakit ini adalah seperti berikut;

1. Delima + kunyit+ inai + garam (Air rebusan)
Ambil kulit buah delima yang kering, dua ibu kunyit sebesar ibu jari, segenggam daun inai dan sedikit garam. Tumbuk semua bahan berkenaan hingga lumat dan masukkan ke dalam periuk tanah bersama tiga gelas air. Rebus hingga menjadi satu gelas air. Tapiskan airnya dan setelah sejuk, minumlah sebelum tidur. Amalkan untuk tempoh seminggu.

2. Temulawak + gula kelapa + asam jawa (Air rebusan)
Tumbukkan sehingga lumat sedikit temulawak yang dicampurkan dengan gula kelapa, asam jawa dan air.
Minum airnya tiga kali sehari dan lihat kesannnya dalam masa seminggu.

3. Daun belimbing buluh (Bahan rendaman badan)
Hancurkan daun belimbing buluh yang masih segar, kemudian rebus dengan kira-kira 10 liter air selama kira-kira 15 minit. Saringkan airnya. Masukkan air saringan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk anda duduk berendam di dalamnya. Jika perlu, tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa
hari anda mengamalkan kaedah berendam ini.

4. Daun petola (Bahan rendaman badan)
Bersihkan 15 helai hingga 20 helai daun petola. Kemudian rebuskannya dengan kira-kira 10 liter air selama kira-kira 15 minit. Saringkan airnya. Masukkan air saringan itu ke dalam bekas yang boleh muat saiz badan untuk anda duduk berendam di dalamnya. Jika perlu, tambahkan sedikit air suam. Kemudian masuk atau duduk berendam di dalam air rebusan berkenaan. Lakukan dua kali sehari dan lihatlah hasilnya selepas beberapa hari anda mengamalkan kaedah berendam ini.

5. Peria + minyak (Ubat sapu)
Mengikut amalan tradisional, bahagian pokok peria yang dapat digunakan untuk merawat buasir ialah akar, buah dan bijinya. Bersihkan dan lumatkan akar, buah serta biji peria, kemudian perah airnya agar memperolehi suku cawan air. Campurkan air perahan itu dengan kira-kira dua sudu makan minyak. Ambil kapas dan basahkannya dengan campuran bahan peria itu lalu tampalkan pada buasir.
Amalan ini sebaik-baiknya dilakukan setelah anda mengamalkan proses berendam di dalam ramuan herba seperti di atas

Sumber maklumat : Majalah D’Herba yang diterbitkan pada tahun 2007.

Number of View :714

Belimbing Tanah

Belimbing Tanah atau nama saintifiknya Oxalis barrelieri L. tergolong dalam famili Oxalidaceae (sama famili dengan belembing besi atau Averrhoa carambola). Ada yang menyebutnya juga sebagai Belimbing pasir dan belimbing bukit. Tumbuhan herba kecil ini hanya mencapai ketinggiannya  sehingga mencapai 50cm sahaja.

Pokok belimbing tanah mengeluarkan buahnya seakan bentuk buah belimbing besi tapi saiznya sangat kecil. Rasanya juga dikatakan sama seperti buah belimbing besi (Averrhoa carambola). Tumbuhan yang dianggap sebagai rumpai liar di Malaysia ini juga mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Buah belimbing tanah yang segar (masak) dikatakan boleh  menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kencing manis. Sejauh mana keberkesanannya tidak dapat pastikan.

Sekiranya anda mempunyai pengetahuan mengenai pokok ini, silalah kongsikannya di sini.

 

Number of View :687

Pokok Lidah Naga

Pokok Lidah Naga atau nama saintifiknya Sauropus rostratus berasal dari famili Phyllanthaceae. Sama keluarga dengan pokok cekur manis (Sauropus androgynus), pokok dukung anak (Phyllanthus niruri) dan pokok melaka (Phyllanthus emblica).

Mungkin ada yang tertanya, apakah persamaan antara kesemua jenis pokok ini yang menyebabkan ia berada dalam satu famili yang sama. Jawapannya ialah, jenis bunga dan cara pembungaan tumbuhan ini adalah hampir sama.

Number of View :2755

Pokok Tapak Rimau

Pokok Tapak Rimau atau nama saintifiknya Trevesia burckii merupakan pokok herba renek yang mempunyai batang yang berduri. Tumbuhan yang berasal dari famili Araliaceae dikatakan boleh dijumpai di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Apa yang menarik mengenai tumbuhan ini adalah rupa bentuk daunnya yang unik. Adakah ia menyerupai tapak kaki harimau ? Jika anda ingin melihat pokok Tapak Rimau ini dengan lebih dekat silalah berkunjung ke Taman Herba Negeri Perak.

Dari segeri khasiat perubatan ia dipercayai dapat merawat sakit perut dan melegakan sedu pada kanak-kanak kecil. Caranya adalah dengan minum air rebusan daun atau akarnya.

Number of View :6462