Lada Hitam Lada Putih

lada-hitam

Lada hitam merupakan sejenis rempah yang tidak asing lagi digunakan dalam pelbagai resepi masakan terutamanya penggunaan produk biji lada hitam dan sos lada hitam. Antara resepi yang popular ialah daging masak lada hitam dan ayam masak lada hitam. Artikel kali ini mengenai lada hitam dan lada putih di mana ada sesetengah orang masih keliru mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis lada ini.

lada-hitam2

Seperti yang anda lihat di atas, merupakan lada hitam yang segar dan baru dipetik dari pokok dan masih kelihatan kehijauan. Bagi menghasilkan lada hitam, lada yang masih kehijauan tersebut terus dikeringkan sehingga warnanya bertukar kehitaman.

lada-hitam3

Bagi penghasilan lada putih, buah yang hampir masak dipilih dan direndam di dalam air mengikut tempoh tertentu bagi memudahkan proses pengupasan. Kemudian ia dijemurkan sehingga kering dan bewarna keputihan.

lada-putih

Oleh sebab pemprosesan lada putih lebih sukar, maka harganya juga lebih mahal berbanding lada hitam. Dari segi rasa, saya sendiri tidak pasti yang mana satu lebih sedap kerana ia bergantung pada citarasa masing-masing.

lada-hitam5

Pelbagai jenis produk lada hitam yang kini terdapat di pasaran seperti sos lada hitam dan jeruk lada hitam.

lada-hitam4
Bagi yang ingin menanam lada hitam, hasil pertama boleh diperolehi di antara 2-3 tahun selepas menanam.

Number of View :14236

Khasiat Lada Hitam

lada-hitam

Artikel mengenai khasiat lada hitam menarik perhatian saya untuk memberi sedikit maklumat tambahan. Ini adalah kerana ia turut merupakan bahan yang telah disediakan sebagai penawar homeopati sejak homeopati diperkenalkan pada awal abad ke sembilan belas. Bagaimanapun, ia tidak merupakan remedi utama dalam senarai remedi-remedi homeopati yang biasa dikenali dan diajarkan kepada penuntut-penuntut homeopati.
Walaupun terdapat beberapa perbezaan dari segi khasiat dan penggunaan secara herba berbanding homeopati, di sini saya ingin berkongsi idea tentang simptom-simptom yang mungkin boleh mencetuskan idea ke arah pengumpulan maklumat yang lebih lengkap mengenai khasiat perubatan bahan rempah ratus ini. Read more

Number of View :7405