Pisang Serendah

Pisang Serendah, namanya sahaja sudah membayangkan keadaan fizikal yang sudah tentu tidak tinggi. Pisang yang juga dikenali pisang kapal ini kononnya pernah ditanam di atas kapal pada zaman dahulu. Samada benar atau tidak, nenek moyang kita sahaja yang tahu. Penulis sendiri biasa menemui pisang ini ditanam di sekitar rumah kerana saiznya yang kecil dan mudah dijaga, tidak seperti pisang-pisang yang lain. Tandan pisang serendah kadang-kadang boleh mencecah tanah.

Dari segi luaran, pisang ini memang nampak menarik kerana ia seakan-akan pisang embun. Menurut rujukan, kulit pisang ini akan kekal hijau walaupun buahnya telah masak. Penulis sendiri belum pernah makan pisang ini. Ada yang menyatakan rasanya tidaklah sedap dan hanya sedap dibuat cekodok kerana buahnya yang lembik apabila masak. Jika anda mempunyai cerita yang lain mengenai pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :19691

Pisang Jari Buaya

pisang-jari-buaya

Bila sebut nama  pisang jari buaya, mungkin ada orang akan rasa pelik dan ada juga yang akan rasa lucu. Itu belum pelik lagi.. Dalam proses mencari maklumat mengenai pisang ini, penulis ada juga terjumpa nama pisang gigi buaya dan juga taring buaya. Daripada rujukan, pisang jari buaya dan pisang gigi buaya adalah 2 jenis yang berbeza. Sebenarnya di luar sana, banyak kajian yang telah dilakukan berkenaan pisang-pisang ini.

pisang-jari-buaya5

Jika anda membuat carian gambar di internet, anda akan melihat pelbagai variasi pisang jari buaya ini (seperti gambar di atas).  Namun, ciri unik mengenai pisang ini ialah bentuk hujung buah ini yang kononnya menyerupai jari buaya. Bezanya, ada jari yang pendek, jaring yang sedikit panjang dan jari yang tirus. Adakah saiz dan bentuk  jari ini berbeza mengikut jenis buaya tempat di tanam? atau juga disebabkan kesuburan tanamannya?

Ada rujukan lain yang menyatakan, pisang jari buaya yang sebenar ialah mempunyai bentuk yang tirus dari pangkal hingga ke hujung buah manakala yang tidak tirus itu adalah pisang jari monyet.

pisang-jari-buaya2

Pisang ini mempunyai rasa manis dan sedikit masam. Ada juga yang menyatakan rasanya lemak manis dan beraroma. Buahnya juga boleh dimakan segar tetapi  ia dikatakan lebih sedap jika digoreng, direbus atau dijadikan kuih tradisional seperti cucur pisang.

pisang-jari-buaya3

Jika anda pernah terjumpa atau pernah tanam pokok pisang ini, bolehlah kongsikannya di sini. Maklumat anda memang amat berharga.

pisang-jari-buaya4

p/s : Bagaimana agaknya rupa pisang gigi buaya ? sama-sama kita renungkan.

Number of View :16761

Pisang Rastali

pisang-rastali4

Ada yang menyangkakan pisang Pisang Rastali dan pisang emas seakan-akan pisang yang sama. Namun, ia sebenarnya dua jenis pisang yang berbeza. Pisang emas isinya kekuningan manakala pisang rastali pula isinya berwarna putih. Rupa bentuk luarnya juga ada sedikit kelainan. Penulis sendiri hanya beberapa kali dapat merasai pisang rastali ini. Memang benar ada pendapat yang menyatakan Pisang rastali semakin sukar untuk ditemui kerana disebabkan nilai komersialnya yang kurang. Penulis juga  merasakan pisang ini tidaklah enak berbanding dengan pisang emas atau pisang lemak manis. Namun, rupa-rupanya jika ingin makan pisang ini perlu tunggu pisang ini betul-betul masak atau ranum. Baru sedap dimakan !! Jika tidak pisang ini rasanya kelat.

pisang-rastali2

Di sebelah pantai Tumur, pisang rastali ini lebih popular dengan nama kelat keling dan sebahagian tempat menyebutnya pisang meda. Ada sesetengah pendapat pula menyatakan pisang ini terdapat 3 jenis iaitu kelat keling, kelat air dan kelat lega. Pisang kelat lega biasa dibuat goreng pisang atau disira sebaliknya pisang kelat keling tidak sesuai digoreng. Di sebelah utara pula, ada yang makan dengan pulut, seperti makan pulut bersama durian.

pisang-rastali3

Ada lain pendapat juga menyatakan terdapat 2 jenis pisang rastali iaitu pisang yang disebut Kelat Keling ( kulit sedikit kecoklatan dan berbintik, rasa kelat dan lemak manis). Sejenis pisang lagi ialah selalu digunakan oleh orang Hindu untuk upacara keugamaan. Buahnya ada rasa kemasaman dan kurang  berbintik. Buah jeni  ini dikatakan sama seperti gambar di atas.

Sejauh mana pendapat di atas benar, saya sendiri kurang maklumat dan mengharapkan anda yang mempunyai pengalaman dapat kongsikan sesuatu di sini.

Number of View :27224