Anda suka makan sambal terung?

terung

Anda suka makan sambal terung? Teruskan makan sayur kegemaran anda itu. Ini kerana, kajian menunjukkan bahawa terong mengandungi striknin, skopolamin, skopoletin dan skoparon yang boleh menghindari serangan sawan, gugup atau kekejangan saraf.
Kajian di Jepun menunjukkan, jus terung boleh menekankan kerosakan pada sel-sel dengan penyimpangan kromosom sebagai petanda adanya kanser. Kandungan tripisin (protease) adalah inhibitor atau penghapus zat yang menyebabkan kanser.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5918

Khasiat Lobak Putih

khasiat-lobak-putih

Lobak putih atau nama saintifiknya Raphanus raphanistrum subsp. sativus tergolong dalam famili Brassicaceae. Ia mengandungi kandungan nutrisi dan khasiat pemakanan yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa. Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema. Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

p/s: Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dipercayai Sup lobak putih baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk ibu-ibu yg menyusukan anak…

Cara-caranya mudah sahaja…

  1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

 

Number of View :52381

Pandan dan kegunaannya

pandan

Semua orang kenal daun pandan. Pokok ini menyerupai pokok mengkuang kerana ia tergolong dalam kelompok itu. Ia memang banyak ditanam di kawasan rumah kerana ia mudah tumbuh di kawasan yang lembab. Di bandar, penghuni taman tanam dalam pasu. Pokok pandan ni memang banyak gunanya terutama dalam kehidupan kita seharian.

Antara kegunaannya;
Air perahan daunnya daunnya boleh digunakan membuat kuih2 tradisional seperti kuih talam, ketayap(kuih gulung), cendol, seri muka, buah melaka, bingka (bengkang) dan lain-lain.

Selain digunakan dalam makanan ia juga dugunakan di dalam pewangi bedak sejuk, pewangi asli bunga rampai, sebagai ubat pencegah lipas,pewangi kereta dan sebagainya.

Pandan juga dikatakan boleh dijadikan teh untuk menghilangkan masalah angin dan masalah pencernaan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10537

Asam Jawa Hilangkan Bau Hanyir Ikan

Saya ada terjumpa satu petua, bagi menghilangkan hanyir ikan dan lendir ikan, sapukan ikan dengan asam jawa dan sedikit air. Biarkan seketika dan kemudian cuci ikan tersebut. Taburkan sedikit tepung gandum, ramas dan biarkan seketika. Kemudian cuci lagi dengan air bersih.

Selamat mencuba…

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :3955

Daun Kari

daun_kari

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya koenigii tergolong dalam famili Rutaceae. Ia adalah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Pokok kari biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi.

Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya. Lebih elok memakan mentah (ulam) seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakannya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

 

Number of View :10984