Bunga Raya untuk Bayi kecil

bungaraya

Ambil bunga raya yang belum mekar diwaktu sebelum matahari terbit. Ambil bunga tersebut dan lumat-lumatkan dengan menggunakan tangan (sampai hancur dan berair) sapu di seluruh kedua-dua tapak kaki bayi yang baru lahir. Ini untuk mengurangkan rasa tidak selesa bayi kecil dan juga menbetulkan perjalanan darah serta menguatkan otot yang masih lemah setelah dilahirkan.

Kiriman E-Mel: andolin5735 @ yahoo.com

Number of View :4348

Khasiat Herba dari Roselle kering, Bunga ros kering, Peria kering, Kurma, Halia dan Teh hijau

roselle

Saya telah mencuba berbagai produk herba untuk menurunkan berat badan,tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan. Pil herba juga telah saya gunakan, namun hasilnya tetap sama. Kesan sampingan yang sering saya alami ialah pening, panas badan yang beerlebihan, tonsil bengkak dan kesukaran membuang air kecil. Bagi penggunaan teh herba pelansing pula, setelah menggunakannya, biasanya saya akan mengalami cirit-birit yang berterusan, najis cair, kulit menjadi kering dan semakin gelap serta tidak selesa.

Akhirnya saya meggunakan cara sendiri dengan merebus roselle kering, bunga ros kering,peria kering,kurma,halia,teh hijau, dan kaktus kering untuk dijadikan minuman merampingkan badan. Hasil dari itu saya berjaya mengurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan yakin dengan bahan yang dihasilkan sendiri dari dapur saya. Saya menjadi semakin segar dan cergas, kulit semakin berseri hasil gabungan roselle dan ros kering serta tidak mengalami cirit-birit hasil gabungan peria kering dan kurma.

Kebanyakan barangan yang telah dikeringkan tersebut boleh didapati dari kedai ubat herba cina. Saya tidak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan herba atau yang lainnya yang tidak begitu jelas kandungan didalamnya. Dengan merebus dan mengadun sendiri ramuan tersebut, saya dan keluarga dapat menikmati hasil tumbuhan alam semulajadi yang penuh dengan khasiat tanpa ragu-ragu dan seluruh ahli keluarga saya menggunakannya tanpa risau dan bimbang kerana ia adalah minuman kesihatan hasil buatan sendiri.

Kiriman Emel:salmahsahuddin @ ymail.com

Number of View :14686

Misai Kucing mengurangkan sakit Gout

misaikucing

Saya baru-baru ini mengamalkan minum air daun misai kucing atas nasihat seorang kawan dan dari maklumat yang dibaca di buku dan internet. Saya telah mengalami sakit gout yang agak kronik sejak 15 tahun lalu dan sering bergantung kepada ubat klinik terutama aloporinol dan ubat tahan sakit.Sering kali air kencing agak kuning pekat dan berbuih. Tetapi selepas minum air rebusan misai kucing sakit agak berkurangan dan terkawal disamping air kencing berwarna jernih putih. Kini saya terus mengamalkan meminum samada teh misai kucing yang sedia ada dipasaran atau air daun misai kucing segar yang ditanam sendiri di halaman rumah.

Kiriman E-Mel: azam67 @ hotmail.com

Number of View :11245

Pokok Balung ayam untuk tenaga batin

balung_ayam

Saya masih menggunakan dua tumbuhan perubatan yang utama iaitu pokok balung ayam dan misai kucing. Penggunaan pokok balung ayam sememang amat baik untuk kekuatan tenaga batin, pembuangan air besar dan air kecil yang lancar dan mencegah buasir. Sebaliknya pula penggunaan misai kucing menyebabkan air kencing kita menjadi jernih dan bersih – ada kaitan dengan pencucian buah pinggang. Apa yang nyata sehingga sekarang tekanan darah saya tetap stabil/normal dan kandungan gula yang rendah/normal.

Kiriman E-Mel: mobyu7 @ yahoo.com.my

Number of View :14829

Daun Senduduk dapat merawat luka dan menghilangkan hanyir

daunsenduduk

Untuk menghilangkan rasa hanyir ikan keli atau ikan-ikan air tawar sila gunakan pucuk-pucuk atau daun senduduk. Daun-daun tersebut diramas-ramaskan bersama potongan ikan yang telah disiang atau dibersihkan. Gunakan bekas yang telah disiskan sedikit air dan bubuh potongan ikan tersebut dan masukkan sejumlah daun-daun atau pucuk-pucuk senduduk dan ramas-ramas bersama potongan ikan sehingga lendir-lendir ikan dapat di keluarkan. Bilas potongan ikan tersebut dan kita akan dapati potongan ikan menjadi besih dan tidak berbau.

Sewaktu berkerja dikebun kadanng-kadang kita mengalami kemalangan seperti luka yang disebabkan alat-alat seperti pisau atau parang. Jika luka tidak begitu parah (kecil)sapukan atau tutup luka tersebut dengan daun atau pucuk muda senduduk yang telah dikunyah dan menjadi lembut serta basah bersama air liur. Inshaallah darah akan berhenti.

Selain itu, kunyahan pucuk muda senduduk ini juga dapat menahan kesakitan yang disebabkab oleh sengatan ikan keli apabila ianya dilumurkan keatas tempat yang disengat.

Kiriman E-Mel: rudinarianto @ hotmail.com

Number of View :8368