Khasiat Nanas

nanas

Jika sebelum ini artikel tentang lawatan ke Muzium Nanas yang terletak di Pontian. Artikel kali ini pula tentang khasiat nanas. Asal usul sebenar buah nanas saya tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Nak dijadikan cerita..  Pada tahun 1493 , Columbus telah menemui nanas secara tidak sengaja di sebuah pulau yang dikenali sebagai Guadeloupe. Kemudian di bawa ke tempat lain dan sehingga sekarang tersebar ke seluruh dunia.. Kini, pelbagai varieti nanas telah berjaya di hasilkan dan mempunyai rasa yang lebih manis.

Khasiat perubatan dari nanas memang banyak. Dahulunya., para peneroka mendapati kaum “Indian” mengunakan nanas untuk mengurangkan nanah pada luka dan juga untuk merawat beberapa jenis kecederaan kulit. Orang –orang tempatan di sana turut minum jus nanas untuk membantu penghadaman dan melegakan sakit perut. Pada tahun 1891 suatu enzim yang menguraikan protein diekstrak daripada isi buah nanas. Enzim yang dimaksudkan ialah bromelain. Kemampuan enzim ini menguraikan beberapa jenis protein, membolehkannya digunakan untuk memecah bekuan darah dalam salur-salur darah manusia.

Sehingga kini pelbagai kajian diteruskan dan kandungan nanas juga dikenalpasti berguna untuk pelbagai kegunaan perubatan yang lain. Antaranya ialah rawatan tisu terbakar dan ulser. Ekstraknya turut memainkan peranan yang penting dalam rawatan serangan sakit jantung.

Jika anda mempunyai sebarang petua dari buah nanas ini, harap dapat dikongsikan bersama.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :8752

Air Kelapa banyak khasiatnya

kelapa

Artikel kali ini tentang air kelapa. Masih lagi ku terbayang air kelapa pandan dan kelapa mataq yang sempat saya rasai sewaktu ke Pahang minggu yang lalu. Saya pasti anda semua pernah merasai air kelapa. Memang sedap meneguk air kelapa apatah lagi setelah penat bekerja atau di waktu musim panas. Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu. Di sini saya nyatakan serba sedikit khasiat dan penawar dari air kelapa ini hasil dari sumber rujukan saya..

Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak yang mungkin anda sendiri penah laluinya. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.

kelapa2

Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.

Jika anda mempunyai amalan atau petua dari air kelapa, boleh kongsikan serba sedikit untuk kebaikan kita bersama..

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :19286

Bulu Jagung pun ada khasiatnya

jagung

Jagung atau nama saintifiknya Zea mays yang berasal dari keluarga Gramineae kaya dengan protein, vitamin B, kalsium, fosforus, zat besi dan mempunyai minyak yang baik untuk kesihatan. Amalan memakan jagung boleh menguatkan tulang, gigi, rambut dan hati. Ia juga boleh menurunkan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah, melancarkan pengaliran darah serta melawaskan kencing.

Selain buah jagung, kulit jagung pula berkesan untuk mengatasi kesulitan ketika membuang air kecil. Bulu jagung yang halus merangsang serta melawaskan kencing, menguatkan hati dan menurunkan tekanan darah. Caranya ialah dengan merebus semangkuk bulu jagung dan dua gelas air. Biarkan airnya mendidih sehingga airnya kering menjadi kira-kira satu gelas kemudian diminum dua kali sehari. Kulit dan bulu jagung juga digunakan untuk mengubati kudis atau luka yang bernanah. Kulit dan bulu halus jagung itu ditumbuk halus sebelum ditampal pada kudis dan biarkan hingga kering.

Anda pernah ke mencuba petua ini atau ada petua lain yang menarik tentang kulit dan bulu jagung bolehlah dikongsi bersama…

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :12984

Kegunaan Daun Durian

daun-durian

Siapa kata daun durian tiada gunanya. Saya baru terjumpa email yang telah lama saya terima dari makcik yang berusia 54 tahun. Memang petua ini menarik untuk anda ketahui dan mencubanya sendiri.

Ibu saya pernah mengamalkan air ramasan dari daun durian untuk dijadikan bahan pelembut kuih, ianya amat nyata sangat baik dan kuih tersebut tetap lembut sampai keesokan harinya dengan tidak payah menggunakan baking powder. Petua ini diambil dari datok ibu saya yang suka membuat kuih ” pekaras “. Pernah suatu ketika ibu saya mengambil biji durian pula dihiris setelah dikupas kulitnya, dijemur,sampai cukup kering kemudian dikisar dan disimpan dalam balang dan terus digunakan sebagai pelembut kuih.”

Kiriman E-Mel: masniayu @ gmail.com

daun-durian2

Jika anda mencubanya dan mendapati kuih anda tidak lembut atau keras macam batu jangan salahkannya saya pulak. Mungkin air tangan anda sudah semulajadi tidak sedap

———————————————————————————————–

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :16932

Kegunaan Daun Ubi Kayu

daun-ubi

Siapa sangka daun ubi kayu tiada kegunaannya.. Selain direbus dibuat ulam atau dibuat pecal, daun ubi kayu juga dipercayai digunakan dalam perubatan tradisional dalam merawat sengatan gigitan serangga berbisa dan juga kegunaan lain yang mungkin anda tidak pernah tahu sebelum ini. Ikuti kisah seorang guru yang telah mengirimkan email kepada saya yang bertajuk ‘Kegunaan Daun Ubi Kayu’.

“Saya adalah seorang guru sekolah rendah yang pernah bertugas di beberapa tempat di negeri Sabah. Saya banyak berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan dan juga penduduk tempatan di tempat-tempat saya pernah bertugas berkaitan dengan perubatan kampung atau tradisional.

Semasa saya bertugas di daerah Tuaran, di suatu kawasan perkampungan nelayan yang sebahagian besarnya adalah etnik Bajau, saya pernah diberitahu tentang rahsia merawat sejenis penyakit misteri yang barangkali hanya wujud di sekitar masyarakat tersebut. Pada suatu masa dahulu ada terdapat suatu penyakit kulit yang misteri dan amat sukar diubati dengan perubatan moden walaupun oleh pakar sakit kulit dan biasanya menurut mereka, penyakit tersebut hanya dapat diubati oleh segelintir orang yang tahu tentang rahsia penyebab penyakit tersebut.

Penyakit tersebut dipanggil “samaie” dan dikenakan kepada orang tertentu melalui makanan (boleh mengakibatkan busung) atau sentuhan kepada kulit manusia. Bahan yang digunakan adalah himpunan 7 jenis barang terkotor dan miang tumbuhan seperti miang buluh dan miang ulat bulu.Barang-barang terkotor adalah seperti cairan daripada bangkai binatang dan juga mayat manusia. Akibat daripada terkena campuran tadi ialah jika terkena di kulit maka kulit akan menjadi gatal dan pedih yang teramat sangat, makin digaru semakin merebak dan akhirnya menyebabkan kulit bernanah dan menggelupas.Jika seseorang yang terkena itu tidur di atas tikar maka tikar akan melekat pada daging/kulit mangsa. Azab sengsara hanya Tuhan sahaja yang tahu, begitu kata orang tersebut.

Ramuan untuk mengubati penyakit tersebut adalah seperti berikut: daun ubi kayu yang masih segar, isi kunyit, kapur sireh, santan kelapa pekat sebaiknya yang berwarna hijau dan daun sireh yang matang. Kesemua bahan herba tadi harus dilumatkan dan disapu ke serata badan atau kawasan yang telah dijangkiti penyakit.

Saya hanya menyampaikan perkongsian ilmu, keberkesanan hanya diketahui oleh mereka yang pernah menjadi mangsa kepada perbuatan keji sesama manusia itu sahaja.

Apapun, melalui pengalaman saya sendiri, daun ubikayu adalah bahan herba yang berkesan untuk merawat kesan sengatan atau gigitan serangga berbisa seperti lipan dan penyengat.Ramas daun ubukayu dan tempelkan kepada bekas gigitan atau sengatan, mudah-mudahan akan cepat hilang kesan bisa dan juga tidak akan membengkak sengatan atau gigitan tersebut.

Kiriman E-Mel: jgibot @ gmail.com

—————————————————————————————

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :18027