Petua dari tumbuhan 1

Daun Lidah Buaya atasi Rambut Gugur….
Masalah keguguran rambut bukan sahaja dialami oleh wanita malah lelaki juga tidak terkecuali. Bagi mengatasinya, ambil lendir daun lidah buaya, lendir bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Campurkan dengan sedikit minyak zaitun lalu sapukan pada keseiuruhan rambut selepas mandi malam dan bungkus kepala dengan tuala seama setengah jam. Pada keesokannya barulah dicuci. Amalkan seminggu sekali.

Meredakan benjol di kepala..
Terkena pukulan benda keras seperti batu atau kayu boleh menyebabkan kepala benjol. Bagi meredakan benjol tersebut, segera sapukan air perahan asam jawa dan sedikit garam yang pekat ke atas benjol tersebut. Insya-Allah dalam masa 1 5 minit, kesan benjol tersebut akan mengecil dan mengempis.

Almari Pakaian..
Bagi anda yang inginkan atmari pakaian sentiasa berbau harum, ambil beberapa helai daun pandan yang sederhana tua, racik halus-halus dan masukkan di dalam satu bekas. Letakkan di dalam almari pakaian anda. Tukarkan daun pandan tersebut selepas tiga hari. Selain atmari berbau harum, anda juga boleh menjimatkan kos.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4531

Koleksi Petua Tradisional dari Tumbuhan

Seperti yang kita sedia maklum terdapat banyak tumbuhan yang mempunyai khasiatnya tersendiri untuk kegunaan masalah tertentu. Ini bukan sahaja diturunkan dari nenek moyang terdahulu malah sesetengah tumbuhan yang digunakan untuk kecantikkan oleh nenek moyang kita terdahulu telah diperakui oleh ahli sains khasiatnya melaui kajian saintifik yang telah dijalankan. Tumbuhan ini bukan sahaja diamalkan secara tradisional untuk kecantikan malah ia juga digunakan untuk ubat-ubatan kosmetik moden seperti pokok kunyit, aloe vera atau lidah buaya dan pelbagai lagi.

Namun di zaman yang serba moden dan maju ini masih ada lagi anak-anak gadis dan terutamanya suri rumahtangga yang inginkan kecantikan pada diri mereka masih mengamalkan petua-petua dari nenek moyang terdahulu.Walaupun sudah sedia maklum pelbagai produk kecantikkan telah dihasilkan namun mereka masih gemar untuk menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini secara amalan tradisional. Ini mungkin kerana amalan secara tradisonal tidak memberikan kesan sampingan yang buruk walaupun kesan pemulihannya mengambil masa yang agak lama berbanding produk kecantikkan moden. Pelbagai produk kecantikkan moden yang mengunakan ekstrak tumbuh-tumbuhan yang dicampurkan dengan bahan kimia yang lain seperti produk Nutri-Metic, Sari Ayu, Mustika Ratu dan sebagainya.

Oleh sebab itu, saya bercadang inginkan mengumpulkan petua-petua tradisional dari pembaca Blog ini yang pernah menggunakan tumbuhan sebagai petua untuk menjaga kesihatan, kecantikan, awet muda, perubatan dan sebagainya.

Saya memohon jasa baik anda untuk memberikan serba ringkas petua yang anda gunakan atau anda pernah melihat ibu bapa anda pernah menggunakannya. Saya tidak mahukan petua-petua yang bukan menjadi amalan anda seperti memperolehinya dari bahan bacaan dan sebagainya. Tujuan saya ialah ; ingin mengumpulkan sebanyak mungkin petua-petua yang masih digunakan pada zaman sekarang untuk kegunaan seharian anda; lebih-lebih lagi petua-petua tradisional dari Malaysia dan Indonesia. Saya harap anda sudi-sudikanlah meringankan tangan memberikan petua anda di ruangan komen yang diberikan. Dan kalau boleh ceritakan secara ringkas kaedah yang digunakan untuk menggunakan tumbuhan tersebut..

Apa yang saya harapkan petua-petua dari tumbuhan semulajadi ini dapat dikumpulkan dan dikongsikan bersama. Mungkin petua-petua yang anda berikan dapat membantu orang lain dan juga menambahkan ilmu pengetahuan bidang tumbuhan..

Terima kasih….

Number of View :5116