Bawang Putih Kilatkan Kuku

Cuba periksa kuku anda.. Kuku kusam atau hitam boleh menjejaskan penampilan anda.  Jari jemari anda walaupun cantik tetapi kuku kusam pun tak guna juga.. Justeru, untuk mendapatkan kuku yang berkilat, potong dua ulas bawang putih. Gosokkan ia pada kuku sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Selepas ini, anda bolehlah berbangga dengan kuku anda..

Selamat mencuba..

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6383

Lobak Merah kurangkan Kedut

Anda tentu berasa gusar melihat kulit wajah yang mula menampakkan garis-garis kedutan. Mahu tahu cara mengatasinya? Ambil sebatang lobak merah dan kemudian parutkannya. Selepas itu, campurkan parutan itu dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Kacau sehingga sebati dan oleskan pada wajah. Lakukan ia sekali sehari dan amalkan selalu untuk hasil yang menggembirakan.

Selain dapat mengurangkan kedut di muka, lobak merah bagus untuk mengekalkan kesihatan mata. Ini kerana ia kaya dengan vitamin A. Vitamin ini sangat diperlukan oleh tisu badan untuk pelbagai fungsi. Salah satu daripadanya adalah untuk membina pigmen bagi penglihatan yang baik pada waktu malam.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :6224

Kubis Atasi Kulit Kering

Masalah kulit kering? Oleh itu, cubalah petua yang mudah ini. Caranya, ambil sebiji kubis dan hancurkan ia dengan menggunakan mesin pengisar. Perah keluar airnya dan campurkan dengan sesudu madu lebah. Basuhlah kulit muka dengan ramuan ini sekerap mungkin. Insya-Allah, kulit muka anda akan menjadi lembap dan segar.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :3481

Timun Terapi Wajah

Selama ini mungkin anda hanya tahu bahawa, timun adalah sahabat akrab untuk mengatasi mata yang sembap. Namun sebenarnya timun memilik fungsi lain iaitu sebagai penyegar untuk kulit wajah anda. Di saat keletihan berpuasa, apa kata rehatkan wajah anda dengan masker timun.
Caranya, kisar hingga lumat sesudu gandum. Kemudian campurkan ber sama sesudu santan, sesudu whipped cream, satu setengah sudu perahan lemon, sesudu yogurt, sesudu daun pudina dan 1/2 potong timun yang diracik kecil-kecil. Kacau sehingga sebati campuran tersebut hingga menjadi halus.
Setelah siap, oleskan adunan masker pada wajah yang telah dibersihkan. Biarkan seketika selama 10-15 minit dan bersihkan dengan air suam. Setelah ah bersih, anda akan rasai kesegaran pada wajah.

Pernahkah anda mencuba menggunakan timun sebelum ini untuk kecantikan wajah.. ? Kongsikan di sini….

Number of View :4087

Petua dari tumbuhan 2

Atasi Mulut Berbau
Masalah mutut berbau pasti akan mendatangkan ketidakyakinan apabila berbual dengan seseorang. Bagi mengatasinya, racik halus-halus tujuh helai daun sirih dan ramas dengan semangkuk air suam. Campurkan dengan sedikit garam dan berkumurlah dengan air tersebut pada setiap hari , Insyaalah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

Elakkan Kulit Berparut Selepas Bersalin
DALAM masa tiga hari pertama selepas bersalin, sapukan perut dengan kunyit hidup yang ditumbuk halus bersama garam. Barut perut seperti biasa. Pada hari keempat sehinggalah selepas tempoh berpantang, sapukan perut dengan air asam jawa yang telah dimasak dengan cuka. Barutlah perut seperti biasa. Jika sentiasa mengamalkannya nescaya perut anda tidak akan kelihatan pecah-pecah ataupun berparut.

Memulihkan Rasa Gatal di kemaluan
RASA gatal di kemaluan akan menimbulkan ketidakselesaan bagi kaum wanita amnya. Bagi menghilangkan rasa kegatalan tersebut, rebuskan beberapa helai daun sirih dan daun inai. Biarkan sehingga mendidih dan warna air berubah menjadi kekuningan. Biarkan sehingga air rebusan menjadi suam dan kemudian gunakan untuk membasuh kemaluan setiap kali anda membuang air kecil atau rasa kurang selesa.

Sireh Emas

RM 19.00

Number of View :6032