Pisang Kipas

pisang-kipas2

Pokok Pisang Kipas atau nama saintifiknya Revenala madagascariensis juga lebih dikenali dengan nama  Traveller’s Palm. Pokok palma ini merupakan sejenis pokok yang berasal daripada Madagascar dan boleh mencapai ketinggian sehingga 8 meter. Dari rupabentuknya sahaja sudah dilihat seakan seperti pokok pisang. Namun yang membezakannya ialah daunnya besar dan tersusun seperti kipas.

pisang-kipas3

Daripada buku rujukan, pokok ini dikatakan mengeluarkan bunga tetapi jarang berbunga di kawasan bertanah rendah. Jambak bunga terbit pada ketiak daun dan berbentuk seperti sampan dan berwarna merah keputihan. Sebelum ini, saya pernah mendengar orang bercerita mengenai pokok ini pernah mengeluarkan bunga di Malaysia namun sehingga kini saya masih belum pernah melihatnya.

pisang-kipas1

Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman hiasan di perkarangan bangunan dan taman kerana rekabentuk pokok ini yang unik dan menarik sekiranya diberi penjagaan yang baik.

Number of View :18629

Pinang Merah

pinang-merah

Artikel kali ini mengenai tanaman hiasan yang biasa atau seringkali ditanam menghiasi taman kecil, sekitar rumah, kawasan landskap bangunan dan pinggir jalan. Ia sejenis palma yang berumpun di mana dari rupa luarannya sahaja memudahkan anda mengenalinya. Pinang Merah atau nama saintifiknya Cyrtostachys renda juga dikenali dengan dengan nama Sealing wax palm. Batang pokok ini dibaluti upih pelepah daun berwarna merah yang mempunyai silara yang daun yang menghala ke atas. Oleh kerana upih daunnya yang berwarna merah, ia juga dikenali dengan nama Lipstick Palm di sesetengah negara.

pinang-merah2

Kebiasaanya pembiakan pokok ini menggunakan biji benih dan mengambil masa sehingga 2 bulan atau lebih untuk bercambah. Selain itu, ia juga boleh dibiakkan menggunakan sulur (suckers). Pertumbuhannya juga dikatakan lambat dan mampu mencapai ketinggiannya  sehingga 10 meter tinggi. Daripada rujukan, terdapat institusi yang menjalankan kajian pembiakan menggunakan tisu kultur. Walau bagaimanapun, saya tidak pasti bagaimana perkembangannya.

Number of View :28128