California Fan Palm

California Fan Palm atau nama saintifiknya Washingtonia filifera dikatakan berasal dari Arizona, California tergolong dalam famili Arecaceae (Palmae). Pokok yang juga dikenali sebagai Desert fan palm ini mampu mencapai ketinggian sehingga 23 meter.  Saiz daun sangat lebar dan panjang petiol daun boleh mencecah sehingga 2meter.

Di Putrajaya, ia banyak dijadikan sebagai tanaman landskap. Anda juga boleh berjumpa pokok ini di Taman Botani Putrajaya. Pokoknya sangat tinggi berbanding jenis pokok palma yang lain.

Number of View :3123

Pokok Kerinting Seram

Pokok Kerinting Seram atau nama saintifiknya Rhopaloblaste ceramica merupakan  tumbuhan palma yang berasal dari famili Arecaceae (Palmae). Pokok yang juga dikenali sebagai Ceram Palm dan Ceramic Palm ini dikatakan berasal dari Maluccas. Dahulunya, pokok ini banyak terdapat berhampiran di  ‘Ceram Sea’ atau ‘Seram Sea’yang terletak di kepulauan di Indonesian; dikenali sebagai Laut Seram.

Sehingga kini,  hanya terdapat 6 spesies dari Genus Rhopaloblaste di dunia.  Spesies ini boleh ditemui di Taman Botani Putrajaya.   Pokok ini berbatang lurus dan mempunyai diameter batang yang kecil (lebih kurang 15-30cm );  mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter.

Number of View :3018

Pokok Serdang Cina

Pokok Serdang Cina atau nama saintifiknya Livistona chinensis  merupakan  tumbuhan palma yang berasal dari famili Arecaceae (Palmae).  Tumbuhan yang dikatakan berasal dari China dan Selatan Jepun ini juga dikenali dengan panggilan Chinese fan palm or fountain palm.  Pokok serdang cina berbatang lurus, tegak dan daunnya berbentuk seperti kipas; mampu mencapai ketinggian sehingga 10 meter.

Pokok serdang cina biasanya ditanam sebagai pokok hiasan landskap dan banyak ditemui ditanam di sekitar kawasan Putrajaya khususnya di Taman Botani Putrajaya.  Kaedah pembiakan Pokok Serdang Cina ini adalah menggunakan biji yang disemai.  Kebiasaannya, biji ini mengambil masa yang lama untuk bercambah.

Menurut buku “Tanaman hiasan : khasiat makanan & ubatan” oleh Hean Chooi Ong. Biji buah pokok ini boleh direbus bersama daging selama 1 hingga 2 jam dan sup ini boleh diminum setiap hari untuk merawat kanser hidung, kerongkong dan tenggorok.  Air rebusan daunnya pula boleh diminum untuk tujuan merawat pendarahan rahim dan sukar melahirkan anak. 

Number of View :5078

Pinang Kuning

pinang-kuning

Pinang Kuning (Yellow Palm) merupakan sejenis palma yang banyak ditanam sebagai pokok hiasan kerana keseluruhan pokoknya kelihatan kekuningan. Ini memberi kesan landskap yang menarik bagi sesuatu kawasan samada di taman, kawasan kediaman atau perkarangan bangunan.

Pokok pinang kuning atau nama saintifiknya Chyrysalidocarpus lutescens dikatakan berasal dari Madagascar. Pokok ini kebiasaanya dibiak melalui biji benih atau melalui keratan rumpunnya. Harga pokok ini di pusat semaian atau nursery boleh mencapai harga di antara RM25-RM100, bergantung pada saiz pokok tersebut.

Number of View :17843

Palas Kipas

palas-kipas

Palas Kipas atau nama saintifiknya Licuala grandis dikatakan berasal dari New Hebrides hingga utara Australia. Pokok ini merupakan sejenis palma yang tidak mempunyai puncak batang sama seperti palma yang lain. Pokok ini mempunyai silara yang padat dan daun lebar berbentuk bulat seperti kipas.

palas-kipas2

Buah terletak pada jambak yang panjang dan berwarna hijau berkilat ketika muda. Pertumbuhan pokok ini dikatakan lambat namun boleh mencapai ketinggian sehingga 3 meter.

palas-kipas3

Pokok Palas Kipas sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan di kawasan perkarangan bangunan dan taman-taman. Kebiasaannya pembiakan pokok ini menggunakan biji benih.

Number of View :21261