Durian Belimbing

durian-belimbing

Bagi siapa penggemar durian sudah tentu mengetahui durian kampung Batu Kurau mempunyai keunikan rasa yang tersendiri. Setiap tahun apabilanya tiba musim durian, semestinya ramai pengunjung dari luar Batu Kurau terutamanya orang bandar akan mencari durian-durian seperti ini. Saya juga tidak kecuali. Tidak dinafikan kunjungan kali pertama saya ke Batu Kurau pada hujung bulan Mei 2016 yang lalu menemukan banyak jenis durian kampung.

Saya sempat membeli dan mencuba beberapa jenis durian kampung dan ternyata rasanya tidak mengecewakan. Walaupun isinya tidak tebal tetapi rasanya masih lagi sedap.

durian-belimbing2

Antara durian yang menarik perhatian saya untuk mencuba ialah durian yang dikenali sebagai durian belimbing. Rupa buahnya yang berlekuk seakan buah belimbing menjadikan buah durian jenis ini sangat unik sekali. Harga durian kampung di Batu Kurau ketika itu diantara RM8-RM10/kg. Ketika itu, tiga (3) biji buah durian belimbing yang masih tinggal di gerai yang saya singgah tersebut. Saya sempat membawa pulang sebiji buah yang beratnya 2kg dengan harga RM20.

durian-belimbing22

Jika dibandingkan durian kampung yang lain, Isi buah durian belimbing sedikit tebal dan rasanya juga manis. Walaupun buahnya banyak pangsa tetapi malangnya bukan semua pangsa mempunyai isi ( salah pilih buah agaknya ).

durian-belimbing33

Sekiranya anda juga pernah menemukan durian seperti ini, bolehlah kongsikannya di sini ye.

Number of View :1953