Asas Penanaman Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Kenapa perlu tanam makanan anda sendiri? Di dalam buku ini menyatakan, perlunya tanaman sendiri adalah disebabkan rasa atau citarasa yang mana anda akan menikmati kualiti makanan yang lebih segar. Rasa makanan lebih sedap kerana ia terus dipetik dan dihidangkan ke meja anda. Sebab kedua adalah dari segi kesihatan. Semakin banyak masalah atau isu sedang berlaku dengan makanan yang ditanam dan diproses secara komersil. Jika anda menanamnya sendiri, anda boleh menghadkan penggunaan bahan kimia berbahaya seperti racun serangga, dan herbisida. Atau anda boleh tanam secara Organik tanpa bahan kimia. Selain itu, keluarga anda juga lebih sihat kerana mengamalkan amalan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan berbanding makanan segera.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai buku ini boleh download menggunakan link di bawah;

Basics Guide to Planting, Growing, and Harvesting Fruits and Vegetables (14 downloads) Number of View :36

Buah-buahan Tropika

Di kawasan atau wilayah tropika dikatakan mempunyai lebih 2,000 spesies buah-buahan dan tanaman yang boleh dimakan, namun hanya 40-50 spesies yang terkenal di pasaran antarabangsa seperti pisang, mangga, betik dan nanas. Bagi yang berminat untuk mengetahui jenis buah-buahan tropika yang lain bolehlah rujuk Buku seperti di atas bertajuk ‘Tropical Fruits and Other Edible Plants of the World’.

Di dalam buku ini terdapat lebih 300 spesies buah-buahan tropika dan subtropika termasuk sayur-sayuran buah, rempah ratus, umbisi dan palma. Untuk bacaan selanjutnya anda boleh download Ebook ini di dalam Grup Telegram >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :24