Koleksi Kaktus @ Floria Putrajaya 2018

Artikel 2 hari lepas saya ada ‘update’ mengenai acara Floria Diraja Putrajaya 2018 yang sedang berlangsung dari 25 Ogos – 2 September 2018. Artikel kali ini saya cuma ingin berkongsi sedikit gambar koleksi pokok Kaktus yang boleh didapati di Floria Putrajaya 2018. Kepada peminat pokok kaktus, variasi pokok kaktus yang terdapat di sini sangat menarik sekali.

Semakin unik dan jarang ditemui semakin mahal harganya. Ada yang mencecah hampir ratusan ringgit. Bergantung pada jenis dan saiznya. Tak perlu saya ulas dengan lebih lanjut. Di sini saya kongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan untuk tatapan mata anda.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :573

Floria Diraja Putrajaya 2018

Floria Diraja Putrajaya 2018 merupakan acara yang dinantikan tahun ini kerana ia merupakan satu Festival yang menarik ramai orang untuk datang berkunjung bagi melihat keindahan ribuan hamparan bunga-bungaan selain dapat melihat bentuk gubahan bunga yang berkonsepkan taman.

Hari ini saya sempat berkunjung pada hari pertama Festival Floria 2018 ini dibuka. Anda boleh datang mulai hari ini 25 Ogos – 2 September 2018 (9hari). Ia dibuka dari jam 9 pagi – 10.30 mlm dari Isnin hingga Khamis & dari 9 pagi – 12 tgh mlm dari Jumaat hingga Ahad.

Harga Tiket masuk ke Floria 2018  bagi dewasa (Isnin-Khamis) ialah RM12 & RM15 (Jumaat hingga Ahad), manakala bagi kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas (warga Malaysia) ialah RM6 (Isnin-Khamis) dan RM8 (Jumaat-Ahad). Walaupun harga tiketnya sedikit mahal, namun ia masih lagi berbaloi kerana banyak tarikan menarik ada di sana.

Festival Floria Diraja Putrajaya 2018 telah dirasmikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Dengan bertemakan 10 Kegemilangan Floria atau “10 Wonders of Floria”, Floria Diraja 2018 menghimpunkan 8 jenis bunga yang pernah menjadi tema festival sejak 2007 – 2016. Antaranya adalah seperti Bunga Raya, Orkid, Heliconia, Ros, Bunga Kertas, Begonia, Lili dan Kekwa. Dikatakan terdapat lebih 400 ribu pokok pelbagai jenis yang terdiri dari kultivar bunga-bungaan dan tanaman hiasan

Bagi yang berada jauh dan tidak sempat berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2018, saya akan ‘update’ lain-lain gambar yang menarik untuk tatapan pembaca. Nantikan artikel yang seterusnya…

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :1251