Pokok Ekor Tikus

Mousetail plant atau nama saintifiknya Phyllanthus myrtifolius juga dikenali sebagai Myrtele leaf flower. Di Malaysia saya tidak pasti apa namanya. Jadi saya terjemahkan sebagai Pokok Ekor Tikus. Mungkin dinamakan sedemikian disebabkan tangkai bunganya yang panjang dan halus seakan hujung ekor tikus. Pokok yang tergolong dalam famili Phyllanthaceae ini juga berada sama famili dengan pokok dukung anak (Phyllanthus niruri).

Di Putrajaya, ia banyak dijadikan tanaman hiasan bagi menyerikan seri landskap taman. Tumbuhan renek ini mempunyai batang berkayu yang boleh mencapai sehingga 50cm. Namun ia kebiasaannya dicantas bagi menggalakkan pengeluaran daunnya agar lebih rimbun dan menghijau. Selain itu, pokok ini juga cantik jika dibuat bonsai.

Di China, tumbuhan ini dijadikan sebagai tanaman yang mempunyai nilai perubatan. Antaranya ialah merawat hepatitis B dan jangkitan virus.

Number of View :687