Ceri Terengganu

ceri-terengganu2

Sejenis lagi buah nadir yang ingin saya ketengahkan dan mungkin ia tidak  asing lagi oleh masyarakat di Terengganu. Ya.. Buah Ceri Terengganu. Namanya sahaja menggambarkan pokok ini mungkin atau pasti banyak terdapat di Terengganu. Kunjungan ke Terengganu pada tahun lepas memang telah saya perhatikan terdapat pokok ini di sekitar perkampungan di Kuala Terengganu dan beberapa lagi tempat yang saya lupa nama daerahnya.

ceri-terengganu
Buah ceri terengganu kebiasannya bergugus-gugus seperti buah anggur. Kulitnya pula  seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini biasanya muncul pada dahan dan ranting kecil.  Rasa buahnya pula manis dan kadang-kadang rasa sedikit masam. Mengikut kajian MARDI, buah ceri terengganu sememangnya mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya kandungan Antioksidan.

Cerita lain mengenai buah ini memang jarang sekali dijumpai. Menurut rujukan buah ini juga ada terdapat di sekitar Johor dan digelar dengan nama buah kelelek atau gegelek. Saya sendiri tidak pasti ejaan sebenarnya. Pada pandangan saya, pokok ini memang cantik dan sesuai dijadikan tanaman hiasan dan teduhan. Kegunaan lain buah dan pokok ini saya kurang pasti.

Mungkin anda di luar sana yang pernah makan atau menanamnya di perkarangan rumah, bolehlah berkongsikan cerita anda di sini. Mungkin banyak lagi rahsia tentang buah ini yang ramai orang tidak tahu..

Number of View :36885