Pokok Cannon Ball

Pokok Cannon Ball atau nama saintifiknya Couroupita guianensis tergolong dalam famili Lecythidaceae; sama famili dengan pokok Brazil Nut. Spesies yang dikatakan berasal dari Amerika Selatan ini mampu mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Di Malaysia ia lebih dikenali dengan nama pokok Peluru Meriam.

Artikel mengenai pokok ini pernah saya tulis pada tahun 2011 semasa berkunjung ke Taman Pertanian Tenom di Sabah. Artikel kali ini, saya hanya menambahkan sedikit imformasi sekadar untuk perkongsian.

Gambar ini saya ambil  semasa berkunjung ke FRIM yang terletak di Kepong. Pokok Cannon Ball mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana ranting-ranting yang keluar dari batang mengeluarkan bunga yang besar. Tumbuhan seperti ini bersifat ‘cauliflory’, sama seperti pokok nam-nam atau katak puru (Cynometra cauliflora). Spesies ini dikatakan pertama kali dijumpai oleh  ahli botani yang bernama J.F. Aublet pada tahun 1775.

Daun pokok ini adalah jenis ringkas dan mempunyai bentuk eliptik dan ovate. Panjang daun lebih kurang 15-20 cm. Pada musim kering, ke semua daun akan luruh sehingga hanya ranting kelihatan.

Bunga pokok cannon ball dikatakan mampu bertahan berminggu-minggu lamanya dan mengeluarkan haruman yang dapat menarik serangga untuk mendebungakannya. Buah yang terhasil mempunyai saiz yang besar. Saya anggarkan beratnya lebih kurang 2-3kg. Buat berwarna coklat dan terdapat biji benih kecil di dalamnya yang dianggarkan sebanyak 200-300 biji.

Menurut rujukan, pengeluaran buah mengambil masa sehingga 1 tahun untuk masak atau matang. Buah yang masak akan gugur dengan sendirinya ke tanah.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :5922