Pucuk Cabang Tiga

pokok-cabang-tiga

Artikel kali ini, hanyalah update ringkas mengenai Pucuk Cabang Tiga yang penulis temui semasa membuat lawatan ke Bukit Gantang, Perak beberapa hari yang lalu. Pokok Cabang tiga ini sebenarnya adalah panggilan nama tempatan di beberapa tempat di daerah Perak termasuk di kawasan Teluk Intan. Pokok ini digelar dengan Cabang Tiga disebabkan setiap tangkai/pucuk mengeluarkan 3 helai daun.

Di Malaysia, pokok ini lebih popular dengan nama Tenggek Burung atau nama saintifiknya Melicope pteleifolia

bunga-tenggek-burung

Pokok ini boleh membesar seperti pokok rambutan dan  mengeluarkan bunga bewarna putih serta buah yang banyak (seperti gambar di atas dan bawah).

buah-tenggek-burung

Jika anda mempunyai cerita mengenai pokok ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :20177