Buah Terap Sabah


Sebelum ini saya pernah menulis artikel mengenai buah terap ketika kunjungan ke Kota Kinabalu pada tahun 2014. Bulan Februari yang lalu sempat saya merasai buah terap semasa berkunjung ke Ranau/Kundasang. Jika tiba musimnya buah ini banyak dijual orang di tepi jalan dengan harga antara RM1-RM2.50 sebiji. Di Sabah buah ini juga dikenali sebagai buah ‘Tarap’.

Pokok terap menyerupai pokok sukun dan keduanya berada dalam Genus yang sama iaitu Artocarpus. Baru-baru ini sahaja saya mengetahui terdapat dua jenis buah terap iaitu mempunyai kulit hijau dan coklat apabila buah matang/masak. Saya tidak pasti adakah terdapat perbezaan rasa kerana hanya sempat rasa buah terap yang berwarna coklat sahaja.

Buah Terap senang dikupas apabila sudah masak. Ia sedap dimakan segar seakan makan buah cempedak. Sesetengah orang kurang selesa dengan baunya yang agak kuat Selain itu ia juga boleh dibuat cucur, bubur dan pengat. Biji buah terap perlu direbus sebelum dimakan.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :33

Buah Terap

buah-terap

Kesempatan ke Kota Kinabalu tempoh hari sudah pasti Penulis tidak terlepas peluang menjejakkan kaki ke pasar melihat jualan khususnya jualan buah-buahan. Maklumlah di Sabah memang banyak buah-buahan yang jarang ada dijual di Semenanjung. Penulis bernasib baik kerana ketika ini Buah Terap banyak dijual di sini selain buah binjai@belunu.

Harga sebiji buah yang beratnya 1.5kg berharga RM4-5. Penjual dengan baik hati menolong membuka kulit buah tersebut dan memasukkan ke dalam bekas plastik. Jadi mudah untuk di bawa pulang. Nak buka kulit buah ini tidaklah sukar seperti membuka kulit cempedak kerana ia tidak memerlukan pisau..

buah-terap2

Buah Terap (Artocarpus odoratissimus) atau buah Tarap memang tidak asing lagi di Sabah dan Sarawak. Ada yang mengenalinya dengan buah marang dan pingan. Isinya berwarna putih dan mempunyai duri yang berceracak yang tersusun rapi. Buah ini tergolong dalam family buah cempedak, nangka, sukun, kulur, tempunik dan banyak lagi.

Ramai yang menyangkakan buah ini sama seperti buah tempunik (Artocarpus rigidus ) yang juga terdapat di Semenanjung. Walau bagaimanapun, yang membezakannya ialah warna isi buah tempunik adalah berwarna oren manakala isi buah terap bewarna putih. Selain itu, menurut sumber rasa isinya juga tidak sama.

Sejenis lagi Terap yang jarang dijumpai ialah Terap bulu (Artocarpus sericicarpus) , dimana kulit luarnya mempunyai duri yang berbulu/rerambut. Isinya lebih nipis berbanding terap.

buah-terap3

Buah Terap yang telah dikupas sedap dimakan segar dan juga boleh dibuat cucur,  bubur dan pengat . Biji buah terap yang telah direbus juga boleh dimakan. Selain itu, buah Terap mentah/muda pula boleh dibuat gulai. 

Jika anda mempunyai cerita lain mengenai buah ini, boleh kongsikannya di sini.Number of View :25095