Buah Bambangan

buah-bambangan

Buah bambangan atau nama saintifiknya  Mangifera pajang memang tidak asing lagi di Sarawak. Jika anda ke Sarawak sekarang mungkin masih lagi sempat merasainya. Di Sarawak, buah ini digelar dengan banyak nama. Antaranya ialah buah Mawang, buah Embang dan buah embawang.

bambangan

Buah bambangan ada beberapa saiz dan bentuk. Ada yang bersaiz sederhana besar (bentuk bulat) dan ada bersaiz besar (bentuk bujur). Berat sebiji buah dikatakan boleh mencapai 3-4 kilo sebiji.

buah-bambangan4

Kulit buah bambangan berwarna coklat menyebabkan ramai yang menyangkanya buah binjai. Kulit buah bambangan sedikit tebal jika dibandingkan dengan lain-lain jenis genus Mangifera (mangga). Hendak mengupasnya pun ada caranya. Warna isi buah ini memang menarik membuatkan anda tidak sabar untuk merasainya.

buah-bambangan33

buah-bambangan3

Bau buah ini seakan buah bacang. Rasanya juga masam-masam manis seakan buah bacang. Bagi sesetengah orang menyatakan buah ini jauh lebih sedap dari buah bacang.

buah-bambangan22

Kebiasaannya, buah yang masih muda termasuk kulit dan bijinya boleh dibuat jeruk atau  diparut dan digaul dengan belacan atau juga dibuat kerabu. Buah yang sudah masak sedap dicicah dengan garam dan cili.

buah-bambangan2

Jika anda mempunyai pengalaman mencuba buah ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :34829