Jualan Buah Buahan @ Agricultural Fair Thailand 2018

Artikel kali ini saya kongsikan sambungan dari artikel sebelum ini mengenai jualan buah-buahan yang terdapat di Agricultural Fair yang diadakan di University Prince of Songkla, Hatyai, Thailand. Di sini saya kongsikan gambar beberapa jenis buah-buahan yang popular dijual di negara Thailand.

Anggur antara buah paling popular dijual di sana hasil keluaran mereka sendiri. Buah ini antara buah yang sempat saya beli dan rasa. Walaupun saiznya tidak sebesar anggur import tetapi rasanya sangat sedap sekali dan buahnya juga tiada biji. Seingat saya 1kg berharga diantara RM10-RM5.

Lain-lain buah yang dijual seperti pisang kaki dan limau manis.

Tembikai wangi atau rock melon

Buah Asam Jawa yang mempunyai isi yang manis

Buah Durian. Tidak pasti jenis apa. Tidak banyak sangat durian ada dijual semasa pameran tersebut.

Buah Salak juga sempat saya beli dan rasa. Rasanya unik, sedikit berjus dan sedikit manis. Berbeza sekali dengan Salak di Malaysia. Malangnya yang saya beli bawa balik banyak mengandungi ulat di dalamnya.

Buah Mulberry dan jus mulbery jus turut dijual. Sedap juga air jus mulbery.

Buah Jambu

Buah Markisa kuning dan merah pun ada dijual. Jus Markisa pun banyak dijual di sana.

Selain itu, terdapat juga buah tampoi dan jentik-jentik. Sama seperti Malaysia.

Limau Bali isi merah

Buah Kurma antara buah yang juga menarik untuk dicuba. Rasanya juga sedap dan manis walaupun masih belum masak sepenuhnya. Malangnya tidak sempat beli untuk bawa balik.

Sampai di sini dahulu.. Artikel akan datang, saya akan kongsikan gambar jenis benih buah-buahan dan tanaman hiasan yang terdapat dijual di sana.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :1008

Pameran Bonsai @ Agricultural Fair Thailand 2018

Artikel kali ini saya kongsikan sambungan dari artikel sebelum ini mengenai koleksi mini bonsai yang terdapat di Agricultural Fair yang diadakan di University Prince of Songkla, Hatyai, Thailand. Di harap kepada yang minat bonsai boleh mendapat sedikit idea sekiranya ingin membuat sendiri bonsai.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :1128

Agricultural Fair Thailand 2018

Pada bulan lepas saya sempat berkunjung ke Agricultural Fair yang diadakan di Hatyai,Thailand atau lebih tepat lagi di Faculty of Natural Resources, University Prince of Songkla. Dikatakan pelajar Universiti  di sana diajar menguruskan eco-tourism sejak dari awal semester lagi.

Acara tersebut telah diadakan pada 10-19 Ogos 2018. Ia merupakan ekspo pertanian terbesar untuk wilayah selatan Thailand untuk kali yang ke 26.

Saya akan kongsikan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan semasa kunjungan di sana.

Jika ada yang faham bahasa thailand.. bolehlah baca.

Tanaman jagung – dimana kulit jagung dibuka untuk menarik perhatian pengunjung

Kaedah penanaman moden secara fertigasi menggunakan bekas tanaman

Tanaman landskap menggunakan gabungan bunga dan sayur-sayuran

Pokok seakan kubis tetapi tidak pasti jensi/varieti apa.

 

Sampai di sini dahulu.. Artikel akan datang, saya akan kongsikan gambar jenis buah-buahan yang terdapat dijual di sana, koleksi pokok bonsai dan pelbagai jualan benih buah-buahan dan tanaman hiasan.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

 

 

Number of View :909