|
Sekiranya menyimpan wang di bank, sama ada dalam akaun simpanan dan akaun simpanan tetap, kebiasaannya pulangan adalah di antara 2 peratus hingga 3 peratus. Paling tinggi yang boleh diperoleh ialah 4 peratus. Pulangannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pelaburan yang lain. Sekali imbaspulangan yang didapati hanya mampu melindungi wang daripada inflasi yang biasanya dalam lingkungan 2 peratus hingga 4 peratus.
Antara kelemahan menabung di bank ialah:
• Pulangan yang didapati adalah rendah berbanding dengan pelaburan alternatif yang lain.
• Dalam keadaan inflasi, tabungan di bank tidak
mampu untuk melindungi susut nilai mata
wang.
• Wang dalam akaun simpanan terlalu mudah
cair dan mudah untuk dikeluarkan pada bila-
bila masa mengikut kemahuan anda. Sekiranya tidak mempunyai disiplin yang kuat, wang
simpanan mungkin akan habis begitu sahaja.
Namun di sebalik kelemahan itu, terdapat beberapa kebaikan menabung di bank. Antaranya ialah simpanan di bank lebih berisiko rendah, paling selamat dan pengembalian wang adalah terjamin. Selain boleh menabung serta merancang tabungan, simpanan juga boleh diletakkan di tempat yang selamat. Di pasaran, banyak bank-bank yang menyediakan perkhidmatan akaun simpanan.
Selain daripada tabungan di bank, perlu juga mempelbagaikan pelaburan bagi mendapatkan pulangan yang lebih baik dalam jangka waktu tertentu selaras dengan matlamat kewangan masing-masing.
Menabung untuk pelaburan merupakan salah satu kaedah yang boleh dilakukan. Yang penting pilihlah bentuk pelaburan yang dijamin oleh kerajaan. Elakkan terpengaruh dengan skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak dijamin oleh kerajaan malah merugikan diri sendiri.
Jangan terpengaruh dengan pulangan lumayan yang ditawarkan kerana biasanya pelaburan jangka pendek yang menawarkan perolehan lumayan sebenarnya memerangkap anda. Oleh itu sentiasalah berhati-hati ketika membuat pelaburan wang anda.
|