Cara tanam pokok Sirih


Sesiapa yang baru nak berjinak dengan tanaman sirih, di sini saya akan kongsikan sedikit tips cara penanaman pokok sirih. Nak tanam pokok sirih ni memang amat mudah. Pokok sirih hidup subur di tanah yang tidak terlalu lembap tetapi kaya dengan bahan organik. la boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan pucuk matang, berukuran 30-50 cm panjang serta mengandungi tidak kurang dari 2-3 nod.

Keratan elok diakarkan terlebih dahulu selama dua bulan sebelum diubah ke tapak tanaman kekal. Semasa pengakaran, anak pokok perlu diberi kayu sokongan sementara tetapi apabila dipindahkan ke tapak penanaman kekal, kayu sokongan yang lebih teguh perlu digantikan. Dua bulan selepas diubah, pucuknya dipangkas untuk menggalakkan pengeluaran cabang sisi. Sebahagian dari cabang-cabangnya akan menjalar di atas tanah menutupi bumi dan ini memberikan tarikan keindahan pokok sirih di dalam hiasan. Daun sirih boleh dituai apabila pokok telah mencapai umur 3-4 bulan mengikut kesuburan pokok. Jangkahayat pokok sirih boleh melebihi dari 10 tahun jika diberikan cukup baja. Baja kimia seperti NPK hijau atau baja organik boleh digunakan.

Daun adalah bahagian utama yang digunakan. Daun boleh digunakan semasa masih segar atau diproses untuk pengeluaran minyak pati (minyak sirih). Di Malaysia daun sirih banyak digunakan bagi kegunaan segar terutama bagi kaum India.

Number of View :29207

21 comments

  1. Rasanya, gambar yg you bg tu pokok kaduk. Lynn kenal sangat pokok tu pasal kat rumah ada tanam. Kalau salah, sorry la yer… anyway, lynn mmg suka baca posting pasal tumbuh-tumbuhan ni… Tq for your info…

  2. Lynn dan Nizam.. terima kasih dengan komen tersebut.. cuma saya just nak tahu mcm mana saudara/i boleh confirmkan pokok tersebut adalah pokok kaduk.. pokok kaduk memang seakan pokok sirih.. cuma pokok sirih tumbuh menjalar manakala pokok kaduk tidak.. Mungkin sebab gambar tersebut diambil dari atas, sebab tu tak nampak batang pokok sirih yang menjalar.. Kalau saya tengok bentuk daun, tangkai dan urat daun pun, memang ada perbezaan dengan pokok kaduk. So.. kalau saudara/i ada cara nak confirmkan pokok tersebut pokok kaduk, harap maklumkan pada saya. Saya pun selalu juga tengok pokok sirih sebab ada di tanam di kampung.. Pokok kaduk pulak banyak dibuat sebagai tanaman hiasan di kawasan pejabat tempat saya kerja.

  3. to admin…
    mmg betul saudara silap tempek gambar untuk
    daun sirih itu… nizam dan lynn mmg betul…

    daun sirih bentuk dia lebih tirus dan bujur bak kata pepatah muka bujur sirih huhuhu..

    terima kasih

  4. dan satu lagi kelihatan pokok itu ada bunga berwarna putih… jadi sah lah itu gambar pokok kaduk.

    pokok sirih tak akan berbunga…

    wassalam…

  5. Maaf la ye kalau tu mmg daun sireh. Lynn katakan tu daun kaduk sbb daun kaduk kelihatan lbh berkilat dan nipis jika dibandingkn dgn daun sireh. Bentuk daun kaduk pula lebih lebar di bhgn tepi (kdgkala nampak mcm bentuk ‘love’). Kalau diperhatikan pada bhgn atas tgh gambar tersebut, ada terselit bunga kaduk. Saiznya amat kecik berbentuk selinder dan berwarna putih. Kalau ada pembaca lain nk bg pandangan ttg gambar tu best jugak…

  6. z, kalau anda kata pokok sirih tak berbunga, memang anda silap.. bunga sirih pun seperti bunga kaduk, berwarna putih.. baru je saya balik kg tengok pokok sirih.

    Oleh kerana ramai yang mempertikaikan pokok sirih tersebut atau mungkin ia mengelirukan-maklumlah itu cuma gambar yang tidak berapa jelas, jadi, untuk mengelakkan pertikaian saya akan telah/akan menukarkannya..

    Terima kasih dengan komen anda..

  7. Hi,

    Saya perlukan 7 jenis sirih untuk tujuan perubatan.

    Boleh saudara saudari bagi tahu jenis jenis sirih yang boleh dapat di malaysia dan tempatnya.

    Info anda amat dihargai.

    Thanks
    Thina

  8. hai suma..sbnarnya btl la itu pokok sireh…yang berdaun bujur tu pun pokok sireh gak..ni pokok sireh kampung..lagi sedap tau dari pokok sireh yang berdaun bujur…yang berdaun bujur itu byk dijual di kedai india kan….sapa 2 yang rasa nak mkn try la sireh yang di atas lagi sedap tau…nenek aku selalu mkn..aku x la..hee..hee

  9. gambar kat artikel ini, “cara tanam pokok sirih” memang gambar daun sirih, gambar kat “khasiat daun sirih” tu adalah gambar daun kadok..gambar pada banner atas pun, daun kadok..

    sirih dan kadok, dua-dua saya tanam dan makan..

    lagi satu yang berbunga putih besar tuh, memang pada nama sahaja “Pokok Nyonya Makan Sirih” Clerodendron thomsonae

  10. Saya memerlukan daun sireh dan pinang kering dalam kuantiti yang banyak. Hubungi En.Zul @ 010-2911307. TERIMA KASIH

  11. Saya ada menjual anak sirh dengan harga yang berpatutan dengan minimum kuantiti. Sila hubungi saya 012-3129383 untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam