Burung tempua bersarang rendah

burung-tempua
Peribahasa Melayu ada mengatakan… “Kalau tidak berada-ada, masakan tempua bersarang rendah”.
Maksudnya : Di sebalik sesuatu yang dilakukan pasti ada tujuan tertentu.
Persoalannya.. benarkah burung tempua masih bersarang rendah. Al-maklumlah sejak akhir-akhir ini, ramai yang sibuk mengutip sarang burung tempua ini untuk dijual. Akibatnya, burung tempua kehilangan sarangnya dan hidup merempat terpaksa membina semula sarangnya. Kini, generasi baru burung tempua membina sarangnya lebih tinggi dari dahulu. Gambar yang sempat saya rakamkan di salah sebuah kawasan di Perak ini adalah sebagai bukti.. Burung tempua di kawasan ini memilih pokok kelapa yang paling tinggi untuk membina sarangnya.

burung-tempua2

Mungkin ramai yang sudah tahu, sarang burung tempua ini memang banyak dijadikan sebagai hiasan bagi mencantikkan lagi kawasan kediaman. Ia memberikan kesan yang istimewa kerana rekabentuk sarang burung tempua ini unik tidak seperti sarang burung yang lain. Selain itu, rangkap pantun“ burung tempua bersarang rendah “ juga popular dalam penggunaan pantun-pantun melayu dahulu. Ini menunjukkan tahap kepekaan orang melayu terhadap alam semesta.

burung-tempua3

Beberapa pantun yang sempat saya kutip di internet.. Kalau anda yang ingin membalas pantun ini, silakan…

Burung kedidi hinggap di dahan
Burung tempua bersarang rendah
Melayang diri tiada tertahan
Menanggung rindu tiada ternoktah.

Terbang merpati berkawan-kawan
Bersarang rendah burung tempua
Salam ku sambut mencari tuan
Dalam mimpi tak juga ku bersua.

burung-tempua4
Burung tempua bersarang rendah,
Burung kedidi di tanah rata;
Hajat bersua di malam indah,
Memandu janji seia sekata.

Burung tempua bersarang rendah
Hinggap di dahan menanti senja
Di dalam hati terasa gundah
Siapalah aku di mata dia….

p/s: Apa pun.. siapalah aku untuk mempersoalkan benarkah burung tempua masih bersarang rendah!!

Number of View :15835

7 comments

  1. Burung Tempua bersarang rendah
    Burung Nuri hinggap di dahan
    Hidup berkeluarga terasa indah
    Bila agama jadi panduan

  2. Kalau tempua bersarang rendah tu biasanya ada 2 perkara;

    1) Pokok banyak kerengga
    2) Ada sarang tebuan

    Paling popular yg no 2. Kalau sapa2 jumpa dan nak ambil sarang tempua di tempat rendah…awassssss

  3. Peribahasa dahulu memanglah ada tentang tempua bersarang rendah. Namun tempua pundah banyak belajar bila sarangnya diambil oleh manusia. Jadi mereka buatlah sarang tinggi-tinggi untuk faktor keselamatan sebab burung-burung lain kebiasaanya membuat sarang ditempat tinggi.

  4. Burung tempua bersarang rendah
    Lalu di kutip teruna jejaka
    Adat budaya jangan tak endah
    Silap langkah masuk neraka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam