Bunga tasbih sesuai jadi hiasan pagar

Pokok bunga tasbih, tumbuhan berbatang lembut atau nama botaninya Canna indica tergolong dari keluarga Cannaceae adalah pokok hiasan yang boleh ditanam di kawasan taman. Selain menjadi hiasan pagar, ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.

Pokok bunga tasbih memiliki daun besar dan berupih pada pangkalnya turut berfungsi membalut batangnya yang menyerap dan menyimpan air. Kepelbagaian warna daunnya daripada hijau tua, hijau muda, ungu dan campuran putih turut menjadi perhiasan kecantikannya.

Bunganya yang besar dengan kelopak berwarna merah, kuning, jingga dan kuning bertompok merah diserlahkan sepanjang tempoh berbunga kira-kira sebulan menceriakan persekitaran taman. Bunganya mengandungi stamen dan juga pistil pada kelopak yang sama. Korolla (bahagian bunganya) mempunyai dua lingkaran tiga kelopak yang memiliki enam stamen berbeza.

Pokok bunga Tasbih ini boleh dibiakkan dengan kaedah belahan rumpun atau rizomnya. Ia subur di kawasan yang lembap tetapi memerlukan cahaya matahari yang terik untuk membantu proses pembungaan. Tumbuhan ini sesuai ditanam sebagai pokok latar belakang, menggunakan kaedah penanam kelompok, berbaris atau dalam satu gabungan dengan spesies pokok hiasan lain yang sesuai.

Keseragaman daunnya yang hijau menyebabkan ia serasi ditanam bersama pokok Hymcnocaullis atau bunga bakung, Zephyranthes rosca (lili hujan), Hippcastrum reticulatrum dan Cranium amabile dari keluarga Amaryllindaceaea.

 

 

 

Number of View :8705

6 comments

  1. Saya ingin bertanya, macam mana hendak membunuh benah yang berwarna putih di akar pokok, kalau boleh bagi petua-petua yang bagus.

    Terima Kasih

  2. kalau nak cuba bunuh dengan cara organik memang sudah… tapi kalau nak menghalau.. boleh cuba bawang putih… kisarkan dan ambil airnya.. kemudian sembur ke batang…

  3. Benah (sexy gelar kutu putih) mghisap zat2 pkk n mnybbkn daun khitaman sblm layu. Ia blh trbang. Ia jg mnarik semut hitam. Biasany sexy kutip n picit2 benah tsbt n cuci btgny/ potong shj agar tumbuh pkk baru. Buat pd smua pkk yg kita tnm. sexy ada bli racunny bbrp thn lalu tp tak brani nk guna.

  4. pkk tasbih bwarna merah n kuning atr bbrp pkk yg mula2 sexy tnm ktika umur 8-9 thn (selain bunga cina, tai aym, slasih, puding n pkk gantung jenis kampung). sexy gelarknny pkk pisang.
    *
    bbrp thn kblkngn ni mcm2 warna yg ada. bdasarkn pngalamn sexy, pkk tsbih lama2 akn mati jika tak dpt chy matahari.

  5. sexy jg ada pkk bawang bakung + spider. ada wrn putih, pink, oren samar n merah. kesemuany sexy tnm dlm 1 pasu bulat rndh sbb tak cukup tnh(he2!). bdasarkn pnglmn sexy jg, pkk bwg bakung pyh bbunga jika tdk mdpt chy matahari.
    *
    sexy ada 1 pnglmn ttg pkk bwg bakung. 1 ptg sexy mronda dgn ‘abg angkat’ mencari pkk2 htn. sexy tpandang pkk bwg bakung wrna oren samar kt 1 kedai mkn tepi jln (2 bt dr rmh). dgn muka tak malu sexy minta ‘abg angkat’ bhenti n dgn malu2 kcg wiskes, sexy minta dr tn kedai mkn tu. agakny punyala takut cek mek molek tu tengok sexy, tpaksala dia bg. emm.. kedai tu dh takde, kj besarkn jln.

  6. saya ada tanam pokok canna. Kdg2 daun2nya kekuningan di tepi2 mcm terbakar. Kenapa agaknya ye? kurang air ke / penyakit? Mcm mana nk bgi daun2nya segar je nampak, tak ada layu2?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam