Bunga tahi ayam seindah Carnation

BUNGA tahi ayam atau Cutharantus roses adalah sejenis tumbuhan herba yang tumbuh tegak.Daunnya ringkas dan berukuran 3-8 sentimeter. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan berpasir dan terbuka.

Khasiatnya terletak pada ekstrak minyaknya. Minyak yang berasal dari daun bunga tahi ayam amat berguna untuk mengeluarkan lendir atau kahak penderita asma.

Lendir yang menghambat saluran pernafasan penderita dapat dikeluarkan dengan hanya menghirup bau yang berasal dari ramasan atau tumbukan daunnya yang telah dijemur hingga setengah kering.

Carnation Malaysia

PADA 2000 lalu, kerajaan negeri Melaka mencadangkan nama Bunga Tahi Ayam ditukar kepada ‘Bunga Carnation Malaysia’ bagi menampakkan lagi ciri-ciri kemalaysiaan.

Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd Ali Rustam, dilaporkan berkata bunga tahi ayam ataupun nama saintifiknya, Tagetes Patula, di negara ini hampir sama dengan bunga Mary Gold atau bunga Carnation yang ada di beberapa negara Eropah.

Cuma yang berbeza, katanya, ialah bunga Mary Gold mempunyai tangkai yang lebih panjang dan daunnya pula lebih lebar berbanding bunga tahi ayam.

Oleh itu, adalah wajar nama itu ditukar kepada yang lebih menarik supaya senang disebut oleh orang ramai, khususnya pelancong luar.

“Saya juga berasa pelik bagaimana bunga ini yang begitu cantik dan berbau harum, diberikan nama `tahi ayam’.

Beliau meminta semua pusat semaian di negeri ini, termasuk pihak pengurusan Dusun Datuk Murad, Sekolah Henry Gurney dan Pusat Serenti Tiang Dua, menanam lebih banyak bunga tahi ayam untuk dibekalkan kepada penduduk tempatan.

Ketua Menteri berkata, sungguhpun nama bunga `tahi ayam’ kurang sedap didengar, warnanya yang terang, iaitu kuning dan merah, mampu mewujudkan pemandangan yang indah jika ditanam secara tersusun.

FAKTA

NAMA: Bunga Tahi Ayam
NAMA BOTANI: Tagetas Patula, Lantana aculeate, Lantana hispida, Lantana horrida
KELUARGA: Verbenaceae
ASAL: Mexico dan kawasan tropika Amerika
BUNGA: Kuning, merah

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4176

One comment

  1. masa umur 9-10 thn sexy tnm pkk ni. org kg yg nk kawin dtg mintak nk buat sireh junjung. nsb baik ada pkk slasih oren. jika tak, pitam pngantin dgn bau bunga tai aym tu. skrg sexy x minat sgt sbb takda masa nk semai n tnm stiap 3 bln.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam