Bunga Salak

bunga-salak

Artikel ringkas kali ini adalah mengenai bunga salak. Mungkin ramai yang belum pernah lihat bunga salak. Pokok salak mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan. Dalam istilah botani ia disebut pokok diecious.  Gambar di atas merupakan bunga betina pokok salak yang sedang berkembang. Manakala gambar di bawah merupakan bunga jantan yang telah telah mula kering setelah selesai menyumbangkan debunga kepada bunga betina untuk pendebungaan.

bunga-salak-jantan

Bagi mendapatkan hasil yang baik dan berkualiti, pokok salak perlu dibuat pendebungaan berbantu.  Iaitu bermaksud pendebungaan dibuat secara manual menggunakan tangan. Secara ringkasnya, mengambil debunga jantan dan diletakkan pada bunga betina.

Number of View :4522

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam