Bunga ros lambang cinta

BUNGA ros yang juga dikenali sebagai mawar adalah sejenis tumbuhan berbunga yang menjadi pilihan untuk ditanam sebagai pokok hiasan di halaman rumah.Bunga ini adalah salah satu tumbuhan yang mengeluarkan bunga menawan dan mempunyai keharuman lembut. Dalam kebudayaan Barat dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga ros melambangkan bunga cinta.

Pokok ros adalah tanaman tahan lasak, mempunyai jangka hayat panjang, mampu bertahan pada keadaan yang kurang sesuai serta menggemari sinaran matahari. Ia memerlukan tanah subur dan bersaliran baik manakala tanah harus mampu memegang kelembapan dengan julat pH antara 5.7 ke 6.

Ros hidup subur di kawasan suhu sederhana antara 17 – 25 º C dan tidak kurang dari 15º C dan tidak melebihi 27º C. Di Malaysia, kawasan yang sesuai untuk pengeluaran ros keratan adalah di Cameron Highlands.

Teknik menanam dan menjaga:

– Ros boleh dibiak melalui biji benih, keratan dan cantuman tunas. Walaupun semua jenis ros boleh dibiak secara keratan, kebanyakannya tidak dapat bertahan lama atau tumbuh subur berbanding pokok hasil dari cantuman tunas.

– Ros mini tidak dapat dibiak melalui cantuman tunas kerana batangnya yang halus. Ia dibiakkan melalui keratan. Ros taman tidak akan dapat dihasilkan seperti pokok induk jika menggunakan biji benih.

Cantasan:

Cantasan perlu dilakukan untuk mendapat pengeluaran bunga keratan yang banyak. Ini boleh dilakukan dengan membentuk pokok supaya mengeluarkan sekurang-kurangnya dua atau tiga batang yang kuat dan cergas.

Ada tiga gred pangkasan iaitu pangkasan kuat (hard), sederhana dan ringan bergantung kepada jenis ros dan tujuan pangkasan.

Pengurusan Air:

Bagi penanaman ros di bawah struktur pelindung hujan, disyorkan mengguna sistem perenjis mikro (micro sprinkler) semasa peringkat tumbesaran pokok sebelum mengeluarkan bunga. Pada peringkat berbunga, sistem pengairan titis disyorkan.

Keperluan Baja:

Ros memerlukan pembajaan yang seimbang seperti juga pokok berbunga yang lain, Nitrogen untuk pengeluaran daun, phosfat untuk pengakaran yang baik dan kalsium untuk keseimbangan serta tahan penyakit.

Pembajaan yang sesuai untuk ros haruslah mengandungi NPK pada kadar 10:3:15. Untuk meningkatkan saiz bunga, pemakanan dalam bentuk cecair mengandungi kalium pada 3gm/lit. perlu diberi.

Amalan biasa untuk pengeluaran komersial ros adalah penggunaan nitrogen yang tinggi dengan nisbah 15:3:10 sejurus selepas pembungaan selesai. Langkah ini menggalakkan pertumbuhan bunga.

Enam hingga tujuh minggu kemudian apabila menghampiri pengeluaran bunga, baja yang mengandungi kalium dengan nisbah 10:3:15 diberi bersama pemakanan cecair mengandungi nitrate of potash pada kadar 3 gm/lit.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :9496

7 comments

  1. blum tentu org yg mberi bunga ros mberi cinta setulus hatinya.. mungkin ada niat disebaliknya.. dan org yg mnerimanya blum tentu setia dlm pcintaan yg sesuci bubga ros.. ros salu djadikan bhan pmainan untuk mjadi umpan cinta..

  2. 1) kenapa bunga ros saya bile keluar kelopak baru tdk sekembang semasa beli di nursery ?

    2) apakah baja yg sesuai dan berapa kerap kena letak ? di batang pokok @ jauh skit ?

    3) daun ros berkeriut dan warna kekunigan pastu kelopak jadi kehitaman

  3. sy peminat bunga ros. ada bbpa jns ros sy tnm di laman rumah. saya pernah terbaca satu artikel berkaitan bunga ros blh dibiakkan melalui keratan dan benih. dari manakah sy blh mendptkan biji benih ros? lgpun, sy ingin menambah koleksi bunga ros yg sedia ada.

  4. Saya peminat bunga ros tegar gak. Sekarang ni dah happy giler sebab pokok ros saya dah tak ada masalah lagi. Cuba guna baja dari Puan Hani. Saya beli baja ros dari beliau di mudah.com

  5. saya juga peminat bunga ros. sy teringin sangat nak tahu bagaimana nak jaga bunga ros supaya pokok tu jadi cantik dan tak bermasalah. sy br melawat ladang ros sg buloh.uncle tu ada kongsi ilmu ckit.sy baru nak apply.sebelum ni pokok ros sy selalu ada black spot dan pucuknya jadi hangus dan berkedut.kenapa ye.uncle tu kata sebab bakteria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam