March 28, 2024

BUNGA melur atau disebut melati adalah tanaman bunga hias yang banyak kegunaannya terutama membuat minyak wangi. Di Itali, melati casablanca (Jasmine officinalle) yang disebut Spansish Jasmine ditanam pada 1692 untuk dijadikan parfum. Pada 1665 bunga melati putih (J sambac) pula diperkenalkan oleh Duke Casimo de’ Meici di England. Pada 1919 pula, ditemukan melati J parkeri di kawasan barat laut India.Di Indonesia, nama melur dikenal sebagai menuh oleh masyarakat Bali, meulu atau meulu Cina (Aceh), menyuru (Banda), melur (Gayo dan Batak Karo), manduru (Menado), mundu (Bima dan Sumbawa) dan manyora (Timor) dan malete (Madura).

Di antara 200 jenis melur yang telah diidentifikasi ahli botani, hanya sembilan jenis melati yang diketahui dan daripada jumlah itu, lapan jenis melati berpotensi dijadikan tanaman hias.

Syarat pertumbuhan:

· Cuaca: Curahan hujan 112–119 mm/bulan dengan 6–9 hari hujan/bulan, serta mempunyai iklim dengan dua hingga tiga bulan kering dan lima hingga enam bulan lembap. Suhu udara siang hari 28-36 darjah C dan suhu udara malam hari 24-30 darjah C.

Kelembapan udara (RH) yang sesuai untuk tanaman ini 50 hingga 80 peratus. Selain itu pengembangan melati paling sesuai di tempat yang mendapat sinar mata hari yang cukup.

· Tanah: Pokok melati memerlukan tanah yang bertekstur pasir sampai liat, gembur dan banyak mengandung bahan organik dan memiliki. Darjah keasaman tanah yang baik bagi pertumbuhan tanaman ini adalah pH=5–7.

· Kawasan: Tanaman melur dapat tumbuh dan berproduksi dengan baik di dataran rendah sampai dataran tinggi pada ketinggian 10 meter hingga 1,600 meter dari paras laut. Meskipun demikian, tiap jenis melati mempunyai daya adaptasi tersendiri terhadap lingkungan tumbuh.

Melur putih (J sambac) sesuai ditanam di dataran rendah hingga ketinggian 600 meter manakala melati Star Jasmine (J multiflorum) dapat hidup subur hingga ketinggian 1,600 meter.

Tanaman melati mulai berbunga pada umur 7 hingga 12 bulan setelah ditanam. Bunga melati boleh dipetik sepanjang tahun secara berkali-kali sampai umur tanaman antara lima hingga 10 tahun. Setiap tahun, tempoh melur berbunga ialah 12 minggu (tiga bulan).

Bunga melati agak lebat pada dua minggu pertama. Selepas itu produksi bunga akan menurun dan dua bulan kemudian meningkat lagi.

Melur umumnya tumbuh menjalar, kecuali pada beberapa jenis melati seperti Grand Duke of tuscany yang tumbuh menegak. Ketinggiannya bergantung pada jenisnya. Melati putih (J sambac) dapat dipangkas pada ketinggian 75 sm dari permukaan tanah, sedangkan jenis melati Spnish Jasmine (J officinale var grandiflorum) setinggi 90 sm.

Teknik Penanaman:

JIKA mahu ditanam di kawasan taman, olah tanah dengan cara dicangkul sedalam 30-40 sentimeter hingga gembur, kemudian biarkan selama 15 hari sebelum memasukkan anak pokok melur untuk ditanam.

Cara Penanaman: Jarak tanam dapat bervariasi, tergantung pada bentuk kultur budi daya, kesuburan tanah dan jenis melati yang ditanam, bentuk kultur perkebunan jarak tanam umumnya adalah 1 x 1,5 meter, sedang variasi lainnya adalah 40 x 40 sm, 40 x 25 sm dan 100 x 40 sm.

FAKTA

· Nama: Bunga Melur

· Nama botani: Jasminum sambac

· Famili: Oleaceae.

· Keistimewaan: Bahan buat minyak wangi, kosmetik, farmasi, penghias rangkaian bunga dan bahan campuran mengharumkan teh.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :15469

4 thoughts on “Bunga melur antara ramuan membuat minyak wangi

  1. Apakah cara untuk memastikan bunga ini dapat tahan lama di dalam peti sejuk. Bagaimana dan dimana boleh dipelajari secara detail cara untuk “preserve” bunga melati ini.

  2. banyak kajian telah dilakukan oleh MARDI bagi menyegarkan bunga keratan .. boleh try tanya Mardi kalau nak tahu dengan lebih lanjut..

  3. kami pembekal bunga melur yang berkualiti tinggi.
    Penjualan dalam kuantiti borong and runcit.
    Bagi “runner” boleh mendapat harga yang begitu rendah.

    Sila hubungi : 012 4499132
    Email : rasan28@yahoo.com
    Kawasan jitra.

  4. info yang menarik, setahu saya salah satu perfume yang menggunakan bunga melur sebagai wangian adalah Ralph by Ralph Lauren.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam