March 29, 2024
Anda pasti terpegun dengan keindahan bunga lidah kucing yang kembang jam 8 pagi dan kudup semula jam 11 pagi, sekali gus mewujudkan suasana pagi yang indah dan harmoni persekitarannya. Bunga Lidah Kucing atau nama saintifiknya Turnera subulata (Turnera ulmifolia var. elegans ) tergolong dalam famili Passifloraceae. Bunga ini mula diminati kerana dapat menceriakan landskap rumah. Selain itu, pokok ini memang sesuai ditanam sebagai pokok pagaran, sempadan dan tanaman gabungan dalam landskap.

Pokok ini yang juga dikenali Kembang Pukul Lapan di sesetengah tempat, memang mudah ditanam berdasarkan kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat. Tekstur pokok ini adalah sederhana dan ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 meter.  Pokok ini tahan terhadap kepanasan suhu yang tinggi dan juga air yang diberi berlebihan.

Bagaimanapun, pokok ini tetap memerlukan cahaya penuh pada waktu pagi dengan suhu panas lembap. Hidup subur di kawasan tanah peroi berpasir. Antara keunikan pokok lidang kucing ialah bentuk daunnya yang kecil berbulu dalam serlahan hijau berkilat, bunganya dalam serlahan kuning, kuning keputihan bercampur jingga, manakala buahnya berbentuk pisang. Cara menyemai: Cara menyemai agak mudah dengan menabur biji benihnya ke tapak semaian dan pindahkan ke polibag selepas ianya bercambah. Satu lagi kaedah ialah dengan menyemai ranting pokok yang matang dan sudah mengeluarkan akar kira-kira 1 cm. Cara menanam: Campuran tanah dengan bahan organik adalah satu kemestian untuk memastikan pokok ini subur apabila berlaku proses pengakaran yang cepat. Baja TSP dengan kadar 50 gram bagi setiap lubang juga diperlukan. Sungkupan perlu dilakukan bagi mengekalkan kelembapan, melambatkan proses pertumbuhan rumput, mengelak hakisan dan yang penting ialah membaiki tekstur tanah apabila bahan sungkupan sama ada menggunakan rumput atau daun kering reput sebagai bahan organik. Cara penjagaan: Penyiraman perlu dilakukan apabila tanah di sekeliling pokok terlalu kering. Pengurusan berterusan seperti membuang rumpai, pembajaan susulan dengan baja NPK 15:15:15 dengan kadar 20 gram bagi setiap pokok perlu dilakukan sebulan sekali sehingga enam bulan selepas ditanam. Ia mesti disusuli bekalan baja NPK 12:12:17:2 dengan kadar 50 gram bagi setiap pokok untuk tempoh tiga bulan sekali. Cantasan adalah aspek pengurusan yang paling penting bagi memastikan Bunga Lidah Kucing kelihatan terurus dan sentiasa dibentuk, selain mengawal ketinggian dan menggalakkan proses pembungaan. Pengurusan yang berterusan akan menyerlahkan pemandangan yang menarik.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :17658

7 thoughts on “Bunga Lidah Kucing

  1. Lebih elok jika info ini diselitkan dengan gambar. Saya teringin melihat bagaimana rupa pokok lidah kucing ni.

  2. sgt menarik… tp lebih menarik kalau ada gambar… teringin rasa nk tanam kalau rumah ada tanah…

  3. ala.. pkk ni ada 2 wrn iaitu kuning n krim. ada 5 klopak. bunga besar sdkit dr duit 50c. kt tghny mcm coklat2. byk dtnm d lanskap/ kubur. mdh dtnm dgn keratan btg. bln lps ‘abg angkat’ mracun rmput hbs dracun 1x pkk ni.

  4. salam,selain dari menjadi hiasan landskap,adakah pokok lidah kucing ini mempunyai khasiat perubatan? x ada gambar susah nak bayangkan. saya mencari daun yang sering dimakan oleh kucing bila sakit.lupa nama dan rupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam