Bunga Kenanga

Bunga Kenanga atau nama saintifiknya Cananga odorata tergolong dalam dalam famili Annonaceae. Sama famili dengan pokok durian belanda. Pokok ini kebiasaanya dijadikan tanaman hiasan bagi menyerikan keindahan sesuatu kawasan. Gambar pokok kenanga ini saya rakamkan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11. Pokok ini juga pernah saya jumpa ditanam di beberapa hentian rehat lebuhraya.

Pokok kenanga adalah sejenis tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter. Jangka hayatnya boleh mencapai sehingga puluhan tahun. Pokok Kenanga boleh dibiakkan melalui biji benih, tut dan keratan batang. Pokok yang dibiakkan secara tut tidaklah sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan.

Bunga Kenanga yang berwarna kuning sangat menarik perhatian selain berbau harum dan wangi. Jika dilihat, bentuk kelopak bunganya panjang seperti helaian daun atau seakan kulit pisang yang dikupas.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :627

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam