Bunga Kenanga Harum Semerbak

kenanga

Kenalkah anda dengan bunga ini? Sekali lihat memang bunga kenanga tetapi yang menjadi persoalannya ialah adakah terdapat pelbagai jenis lagi bunga kenanga yang terdapat di Malaysia? Bukan apa.. sebelum ini saya ada melihat pokok ini tetapi bunga dan daunnnya lain sedikit.. Mungkin spesis lain agaknya.
kenanga2

Pada kebiasaanya, bunganya yang berbau semerbak harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu. Ada juga yang menghasilkan Minyak ekstrak (essential oil) untuk digunakan dalam perubata dan sebagainya.

kenanga3

Ada sesiapa yang ada menanam bunga ini atau pernah menggunakan bunga ini. Mungkin ada tujuan lain yang ramai orang tidak tahu. Harap anda dapat kongsikan di sini..

Number of View :13319

15 comments

  1. emak saya ada tanam pokok bunga kenanga, tapi jenis yang lain sedikit daripada gambar tu. bau memang harum.
    emak saya juga ada tanam pokok bunga cempaka telur dan cempaka kling yang baunya memang harum, terutamanya waktu senja.

  2. arwah nenek sy selalu menggunakan bunga kenanga sebagai pewangi dlm minyak kelapa yang kemudiannya dijadikan minyak rambut..dan selalu letak dlm sanggul untk mewangikan rambut..smpi laa mak sy pun terikut2..tp sy xske sebb baunya agak kuat dan boleh buat sy pening..hehehe…

  3. Salam.

    Memang sangat-sangat jarang dpt. ketemu bunga seperti dlm gambar. Semasa zaman kanak2 pokok bunga ni ada terdapat kat rumah nenek sdr. sya. Memang wangi bunga nya seperti bau pisang embun yg masak ranum malah lebeh wangi lagi drp.tu. Bunga nya yg dah cukup matang akan kembang pd waktu sebelah petang +- 5ptg. Nenek pangil “Bunga Pisang.” Kalau berada sekitar kawasan pohon nya pd waktu bunga berkembang, akan terhidu bau nya yg sangat harum.

  4. salam,
    Zaman dulu tok saya tanam pokok ni. Mmg bau cam pisang. Kami panggil kenanga bangkok, sbb benih asal siam kot. Pokok ni lama2 akan merimbun dan keluar anak dari akar. Kena selalu pangkas kalo dah terlebih subur.

  5. Saya pernah beli anak pokok kenanga sepatutnya telah berbunga apabila sampai keparas pinggang.Rupanya tersilap beli kenanga hutan yang tinggi.Hinggalah saya ke Banting di sini saya dapat membeli bunga kenanga yang renek.Kenanga ini saya tanam di depan rumah dan tidak pernah berhenti berbunga.Bezanya antara kenanga hutan dan kenanga biasa ialah kenanga biasa tak berbuah dan bunganya lebih panjang.Tetapi baunya juga berbeza.

  6. Siapa ada pokok bunga kenanga seperti yang diatas tolong cal saya saya sedang cari benih pokok ini ada hal penting tolong cal saya 014 2402801

  7. kalau tak silap kakdee nama dia bunga pisang….. ada dua kuntum semasa beli dan bau nya harum dan manis dan kelopak bunga tebal dari bunga kenanga. Spesis eksotik ini ada di area kedah dan senang dapat di kawasan alor setar kata Hubby…….

  8. pokok kenanga sama famili dengan pokok durian belanda. Bunga pokok kenanga sangat harum. Ada 2 jenis yg saya tahu. Jenis yang tinggi orang tanam sebagai pokok hiasan di tepi jalan manakala pokok kenanga rendah (renek) orang tanam selalu tanam di laman rumah. Warna bunga kenanga dari pokok besar berwarna kekuningan begitu harum tetapi jarang berbunga manakala bunga kenanga dari pokok rendah berwarna putih kehijaun dengan bunga yang agak lebat tetapi bau wanginya agak kurang sedikit…

  9. Aslmkm…bleh saya tau siapa yg tanam pokok seperti dalam gambar ni…..saya pernah dengar ada sejenis pokok yg bunganya hampir sama dengan bunga kenanga…kat tempat saya di Terengganu dipanggil pokok Kenerok…tapi sekarang amat sukar untuk di temui.i.mohon saudara dapat kongsi di mana boleh saya boleh dapatkan pokok ni…atau benihnya…TQ

  10. Terjumpa pokok ini di Kuantan semalam. Daripada carian dalam Google saya temui identiti botaninya sebagai Artabotrys hexapetalus. Nama lainnya climbing ylang-ylang atau masyarakat Melayu menamakannya pokok kenanga bangkok, akar pisang, dan pisang-pisang.

  11. Mohon saudara dapat kongsi di mana boleh saya boleh dapatkan pokok ini atau benihnya.Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam