March 29, 2024

bunga-canna

Keindahan bunga Canna ini telah membawa kepada banyak jenis kacukan atau hybrids dan kultivar yang amat susah hendak menentukan nama atau spesiesnya.Bunganya juga berbagai jenis antara yang banyak kita lihat adalah berwarna merah,kuning dan kuning bertompok-tompok. Biasa ditanam di batas-batas yang mengandungi banyak baja organik atau baja kompos.Memerlukan cahaya matahari yang kuat bagi mendapatkan warna bunga yang cantik. Lepas sahaja berbunga hendaklah dicantas hingga ke paras tanah dan yang demikian pucuk yang baru akan keluar dengan cepat dan subur.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png

Number of View :14866

7 thoughts on “Bunga Kana – Canna hybrida

  1. bunga kana , nama tumbuhan tu di ambil terus atau dipinjam atau diterjemah dari bahasa Inggeris , (Canna ) dan buah kana dengan bunga kana tiada kena mengena ,tidak berkaitan langsung kerana buah kana tiada pokoknyapun dimalaysia malahan di dunia ini, ia adalah sebutan yang lazim orang kita bagi bagi produk buah zaiton diawet kering yang dimpot masuk dari negara China.

  2. Bunga ni bunga tasbih dalam Bahasa Melayu dalam B .Ing. di sebut canna bukan buah kana yang boleh dimakan tu ,itu dipanggil buah zaiton atau olive yang boleh dijeruk seperti halwa , manis rasanya. betul tak?

  3. Siapa pernah dengar nama pokok kebenglu , sejenis poko seperti lengkuas tetapi daunnya agak berbulu saiznya sama macam daun lengkuas ,tapi ada berbau wangi macam serai aceh atau serai wangi, daunnya digunakan sebagai ramuan mandian bersama serai wangi bagi wanita lepas bersalin,saya dulu pernah mandi dengan air rebusan daun ini masa berpantang., badan jadi segar dan ringan rasanya.Arwah opah saya buat air mandian dengan serai wangi sebagai penganti spa orang sekarang. Umurnya menjangkau 90 tahun , masih sihat dan boleh membuat ramuan untuk orang bersalin.

  4. Ada satu lagi pokok yang dipanggil timba tasik daunnya macam daun mengkudu kampung tapi banyak berkutil-kutil sebesar hujung jari kelingking budak kecil, daunnya boleh digunakan sebagai pembalut batu tungku bersama daun mengkudu atau jarak pagar bagi orang yang lepas bersalin ,semua jenis pokok ini terdapat tumbuh liar dikampung saya di Bidor. pernak tengok tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam